View: 465|Reply: 0
|
Jordan sedih mengenangkan Schumacher
[Copy link]
|
|
SCHUMACHER dikatakan berada dalam keadaan koma. FOTO NSTP
London: Bekas bos Formula Satu (F1), Eddie Jordan berkongsi maklumat terkini mengenai keadaan misteri Michael Schumacher.
Jordan, yang memberikan Schumacher penampilan sulung F1 pada 1991 di Grand Prix (GP) Belgium, berkata rakan baiknya itu seperti 'wujud tetapi bukan di sana' berikutan kemalangan ketika bermain ski pada 2013.
Beliau menambah bahawa keadaan kesihatan Schumacher sekarang bermakna legenda itu 'tidak dapat menjadi sebahagian daripada keluarga F1'.
Hampir sedekad lalu, terbongkar bahawa juara F1 tujuh itu berada dalam keadaan koma selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat kemalangan bermain ski.
Sejak berita itu tersebar, sebarang kemas kini mengenai keadaan dan pemulihan Schumacher sebahagian besarnya dirahsiakan daripada orang ramai.
Tetapi, dalam satu pendedahan besar, Jordan memberikan maklumat terkini mengenai keadaan bekas berusia 54 tahun itu sambil berbincang dengan anak lelaki Schumacher, Mick.
"Saya tersentuh dengan keadaannya kerana ia tidak mudah untuk membayangkan bahawa bapa Mick tidak dapat menjadi sebahagian daripada keluarga F1, dia ada di sana tetapi seperti tidak ada.
"Saya mempunyai pandangan saya sendiri bahawa saya tidak mahu mendedahkan kepada umum tetapi tekaan saya ialah Mick menunjukkan rasa kasihan mengenai caranya bercakap apabila menceritakan mengenai bapanya," kata Jordan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... enangkan-schumacher |
|
|
|
|
|
|
| |
|