View: 363|Reply: 0
|
Padang 'senjata' KL City perangkap JDT
[Copy link]
|
|
Padang 'senjata' KL City perangkap JDT
Pemain KL City (kanan) diasak pemain Penang pada aksi Liga Super Sabtu lalu. - Foto FB KL City
KUALA LUMPUR: Aksi Liga Super antara KL City FC berdepan penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam esok dilihat bakal memberi 'kelebihan besar' buat tuan rumah dalam misi memburu kemenangan pertama musim ini.
Bukan setakat kerana kehadiran penyokong sendiri, tetapi keadaan padang yang disifatkan tidak berada dalam keadaan baik selepas turut digunakan pada aksi pertama berdepan Penang FC minggu lalu bakal memberi kesulitan kepada skuad Harimau Selatan.
"Ini akan menjadi satu aksi yang menarik. Padang yang teruk akan memberi masalah kepada mereka (JDT) untuk bermain. Anda lihat bagaimana bola melantun?
"Ini satu keadaan yang teruk tetapi mereka boleh sewa padang dan semua orang boleh bermain. Kita bercakap mengenai profesionalisme tetapi kita tidak boleh membuat hantaran (dalam perlawanan).
"Ada satu situasi di mana bola berada di hadapan penjaga gol dan ketika penjaga gol mahu bergerak, bola melantun. Menarik," kata pengendali skuad Warga Kota, Bojan Hodak.
Sebagai rekod, KL City FC membuka kempen musim ini dengan keputusan seri 2-2 apabila akur dengan kebangkitan ditunjukkan skuad 'Harimau Kumbang'.
Mendahului 2-0 menerusi dua jaringan pemain naturalisasi, Paulo Josue sehingga minit ke-73, jaringan Hadin Azman dan Giovane Gomes memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati berkongsi satu mata.
JDT yang dibimbing Esteban Solari pula mudah mengutip tiga mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim sekali gus menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali keenam berturut turut.
SumbeR:https://www.bharian.com.my/sukan ... -city-perangkap-jdt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|