View: 364|Reply: 0
|
Achraf Hakimi berdepan dakwaan merogol
[Copy link]
|
|
HAKIMI dikatakan melakukan perbuatan berkenaan di rumahnya di pinggir bandar Paris. FOTO Reuters
Nanterre: Pendakwa Raya Perancis membuka membuka siasatan ke atas dakwaan rogol oleh pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi, kata sumber yang rapat dengan kes itu.
Seorang wanita berusia 24 tahun menuduh Hakimi merogolnya di rumah pemain antarabangsa Maghribi itu yang terletak di pinggir bandar Paris pada 25 Februari lalu.
Menurut sumber itu, dia mengesahkan artikel di akhbar Parisien, di mana wanita itu melaporkan kejadian berkenaan di balai polis Ahad lalu tetapi tidak memfailkan pertuduhan.
Pejabat pendakwa raya yang mengendalikan kes di Nanterre enggan mengulas, tetapi meberitahu kepada AFP bahawa 'maklumat yang didedahkan kepada umum' di media 'melemahkan siasatan yang diperlukan untuk mengetahui kebenaran'.
Hakimi berada dalam skuad Maghribi yang menamatkan saingan di Piala Dunia Qatar dengan menduduki tempat keempat.
Awal pagi tadi dia berada di Anugerah Terbaik Fifa di Paris, selepas tersenarai dalam skuad terbaik tahunan FIFPro.
Di atas pentas dia mengambil anugerah berkenaan bersama seorang lagi pemenang, rakan sepasukan di PSG dan juga kawan baiknya, Kylian Mbappe.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pan-dakwaan-merogol |
|
|
|
|
|
|
| |
|