CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

KL City miliki jati diri luar biasa – Bojan Hodak

[Copy link]
Post time 23-2-2023 12:13 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN KL City memiliki harta paling bernilai iaitu kumpulan pemain yang ada mentaliti juara dan jati diri luar biasa. – FB KL CITY

KL City miliki jati diri luar biasa – Bojan Hodak

SEJARAH dalam dua musim sebelum ini sudah menjadi bukti kukuh kepada kualiti yang ada pada pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) untuk tampil sebagai salah sebuah pasukan terkuat musim ini.

Jika kelab pernah tersilap langkah dalam mendapatkan penyerang import dan dipalit masalah kecederaan, pengenda­linya, Bojan Hodak nyata menjadi jurulatih paling unik dalam arena bola sepak di Malaysia.


BOJAN HODAK


Sejak mula bertapak di Malaysia pada 2006, jurulatih dari ­Croatia itu sudah cukup masak dengan Liga Malaysia (Liga M) dan namanya sudah begitu sinonim dengan beberapa kejuaraan domestik.

Selepas dihimpit situasi malang dalam episod perpindahan masuk pemain, skuad kali ini boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dimiliki KL City ketika di bawah naungan Hodak dan Ketua Pegawai Eksekutif, Stanley Bernard.

Kemasukan beberapa bintang sensasi Liga M seperti Tchetche Kipre dan Herlison Caion, KL City sudah menemui keseimbangan dalam semua posisi, sekali gus membuka peluang lebih besar untuk mencabar kejuaraan.

Melihat semula perjalanan dalam tempoh beberapa musim lalu, KL City sebenarnya memiliki ‘harta paling bernilai’ iaitu kumpulan pemain yang ada mentaliti juara dan jati diri luar biasa.

Adunan pengalaman Hodak dan mentaliti pemain dimiliki The City Boys dijangka sekali lagi bakal menggegar ketika jenama KL City makin lekat di bibir peminat bola sepak tempatan.



INFO KL City

KETUA JURULATIH: Bojan Hodak
KETUA PASUKAN: Paulo Josue
GELANGGANG RASMI: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
GELARAN: The City Boys
PEMAIN TUMPUAN: Herlison Caion
PENCAPAIAN LIGA SUPER MUSIM LALU: No. 6

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL
Kevin Ray Mendoza (Import)
Azri Ghani
Azim Amin Kamaruddin

PERTAHANAN
Kamal Azizi
Declan Lambert
Giancarlo Gallifuoco (Import)
Matko Zirdum (Import)
Nazirul Naim Che Hashim
Anwar Ibrahim
Azhar Apandi
Muhammad Faudzi
Nabil Hakim

TENGAH
Sebastian Avanzini (Import)
Kenny Palraj
Akram Mahinn
Zhafri Yahya
Ryan Lambert
Firdaus Saiyadi
J Partiban
Patrick Reichelt (Import)
Sean Giannelli
Paulo Josue (Import)

PENYERANG
Herlison Caion (Import)
Romel Morales (Import)
Tchetche Kipre (Import)
Haqimi Azim Rosli

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... -biasa-bojan-hodak/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.081323 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list