View: 451|Reply: 0
|
MotoGP: Lin Jarvis berikan Morbidelli kata dua
[Copy link]
|
|
MORBIDELLI melalui episod yang mengecewakan musim lalu apabila gagal membantu Quartararo dan memberikan saingan dalam perlumbaan.
LONDON – Juara dunia Moto2 dan naib juara MotoGP 2020, Franco Morbidelli perlu segera bangkit menjelang perlumbaan musim 2023 ini sekiranya ingin kekal lama bersama pasukan Yamaha.
Pelumba Itali tersebut dilihat bergelut dengan prestasinya dua musim lalu apabila hanya mampu menamatkan saingan tempat ke-17 dan ke-19 sekali gus membuatkan Yamaha tidak gembira dengan situasi tersebut.
Rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quartararo kini menjadi ‘anak emas’ buat pasukan Yamaha apabila berjaya memberi saingan hebat dua musim lalu meskipun berdepan kesukaran untuk menawan karakter liar Yamaha YZR-M1.
Keadaan tersebut menyebabkan Yamaha membangunkan jentera lebih baik dengan harapan mampu menghalang pasukan Ducati daripada terus mencapai kejayaan terutama menerusi pelumba terbaik mereka, Francesco Bagnaia.
Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis memberi kata dua kepada Morbidelli agar pelumba berusia 28 tahun itu bangkit dengan keputusan cemerlang sekiranya mahu kekal dalam pasukan tersebut.
“Dia (Morbidelli) memerlukan keputusan yang baik. Ini adalah dunia perlumbaan yang sangat kompetitif. Tahun lepas, hanya Quartararo yang mampu mempamerkan prestasi hebat. Jadi, tahun ini, kita mahu keadaan tersebut seimbang.
“Dengan hanya dua pelumba, kita perlu kedua-dua mereka mendominasi perlumbaan dan kekal kelompok hadapan.
“Jika Morbidelli membuktikan dia boleh melakukannya, tidak ada sebab untuk dia berfikir bahawa tempatnya tidak akan bersama kami musim depan,” kata Jarvis.
Pada musim 2023, Yamaha bersendirian tanpa mempunyai pasukan satelit untuk membantu mereka membangunkan jentera lebih kompetitif selepas pasukan RNF membuat keputusan menyertai Aprilia. – AGENS
https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... orbidelli-kata-dua/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|