CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

Messi ledak gol kemenangan PSG

[Copy link]
Post time 20-2-2023 04:41 PM | Show all posts |Read mode

Lionel Messi menyempurnakan sepakan percuma minit ke-95 untuk kemenangan 4-3 Paris Saint-Germain ke atas Lille dalam aksi Ligue 1 di Parc des Princes, Paris. - Foto AFP

PARIS: Lionel Messi menyempurnakan sepakan percuma minit ke-95 untuk kemenangan 4-3 Paris Saint-Germain ke atas Lille dalam aksi Ligue 1 yang menyaksikan Kylian Mbappe meledak dua gol dan Neymar diusung keluar akibat kecederaan buku lali.

Gol kemenangan saat akhir Messi menamatkan deretan tiga kekalahan PSG dan meletakkan mereka lima mata di depan Marseille, yang menang 3-2 ke atas Toulouse dan akan menerima kunjungan kelab Paris itu selepas ini.

"Kami berjaya mengharunginya. Ia bukanlan persembahan yang terbaik. Kami melakukan banyak kesilapan dan hilang fokus.

"Menentang lawan yang berkualiti, anda akan menerima padah jika berbuat begitu, tetapi kami membuktikan yang kami masih mampu mencari jalan walaupun tidak berada pada tahap terbaik," kata Mbappe.

Namun apa yang lebih merisaukan ialah kecederaan Neymar, yang mengalirkan air mata ketika diusung keluar di awal babak kedua selepas buku lalinya terseliuh.

PSG kemudian mengesahkan yang tiada keretakan pada buku lali pemain Brazil itu, namun pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi menilai kecederaan ligamen yang mungkin akan menyebabkan Neymar terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich pada 8 Mac nanti.


Pemain Paris Saint-Germain, Neymar terpaksa dikeluarkan selepas buku lalinya terseliuh ketika aksi Ligue 1 menentang Lille di Parc des Princes, Paris. - Foto AFP

Skuad kendalian Christophe Galtier bangkit daripada kekalahan 1-0 di tangan Bayern dengan membuka jaringan ke atas Lille menerusi Mbappe, permulaan pertamanya selepas pulih daripada kecederaan paha.

Neymar menjadikan kedudukan 2-0 ke atas pasukan yang dibelasah PSG 7-1 pada Ogos lalu, tetapi Bafode Diakite merapatkan jurang untuk Lille di pertengahan babak pertama.

Neymar kemudian diusung keluar ketika permainan babak kedua baru berlangsung lima minit, dan Lille menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Jonathan David untuk gol ke-17nya musim ini.

Jonathan Bamba meletakkan pelawat di depan dan PSG begitu hampir untuk diberikan kekalahan keempat mereka sebelum Mbappe menyempurnakan hantaran Juan Bernat bagi gol penyamaan ketika permainan berbaki tiga minit.

Ia adalah gol ke-27 Mbappe musim ini, dan drama tidak berakhir di situ apabila Messi mendapatkan sepakan percuma dan menyempurnakannya selepas dikasari Benjamin Andre. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... -gol-kemenangan-psg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199723 Replies : 4690
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11862 Replies : 11
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5041 Replies : 9
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10822 Replies : 57
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3631 Replies : 27
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21549 Replies : 62

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.056036 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list