CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Johor] Serbu kilang bungkus kopi, teh guna logo halal haram

[Copy link]
Post time 15-2-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode

PIHAK berkuasa memeriksa kilang pembungkusan kopi dan teh di Kulai. FOTO Ihsan KPDN.

Johor Bahru: Kilang pembungkusan kopi dan teh di Kulai diserbu penguat kuasa, semalam selepas didapati memasarkan produk dengan logo halal yang tidak sah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya menyita 15,768 bungkusan teh dan kopi bernilai RM23,000.

Katanya, serbuan pada 3 petang itu turut membabitkan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

"Seorang penyelia kilang, wanita dan dua pekerja lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an telah direkod percakapan mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan kilang itu sudah beroperasi sejak 2019 dan produk dipasarkan di seluruh negara.

Lilis Saslinda berkata, tindakan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan, Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.

"Pihak KPDN sentiasa menjalankan operasi bersepadu dengan pelbagai agensi untuk memastikan perniagaan berjalan dengan cara yang dibenarkan dan pengguna boleh mendapatkan barangan dan perkhidmatan tanpa rasa was-was," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... na-logo-halal-haram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 1.678101 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list