CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 2

[Negeri Sembilan] Tiga beradik dituduh cederakan ibu tiri

[Copy link]
Post time 15-2-2023 02:36 PM | Show all posts |Read mode

TIGA beradik dituduh mencederakan ibu tiri di Mahkamah Sesyen Rembau, hari ini. FOTO Ahmad Hasbi.

Rembau: Tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan ibu tiri mereka, Ogos tahun lalu.

Mereka yang juga ahli perniagaan, Datuk Kamarul Halim Muhamad Sharip, 50; Datuk Kamarul Nizam, 55, dan Muhamad Fairuz, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Ketiga-tiganya dituduh sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibu tiri yang berusia 42 tahun di Pejabat Balai Undang Rembau, di sini pada 3.30 petang, 23 Ogos 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hassan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly mencadangkan ikat jamin RM10,000 kepada setiap tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Kes itu disebut semula 22 Mac depan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cederakan-ibu-tiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 02:57 PM | Show all posts
msti ada cerita menarik di sebalik ibu tiri yg muda tu... bapak dia msti tua ganyut dah, anak3 pun dah tua2.. dan msti dh pasang loyer baek pnya, sbb tu berani ganyang mak tirinye..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:57 PM | Show all posts
tua bangka dah anak tiri..
berebut harta punya pasal ke..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.614661 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list