View: 364|Reply: 0
|
[Johor]
Bayi lelaki ditemukan dalam peti pelindung bayi rumah kebajikan
[Copy link]
|
|

Seorang bayi lelaki ditinggalkan di peti pelindung bayi di sebuah rumah kebajikan di bandar raya ini. FOTO Ihsan JKM
Johor Bahru: Seorang bayi lelaki ditemukan di peti pelindung bayi di sebuah rumah kebajikan di sekitar bandar raya ini, jam 7.45 pagi, 9 Januari lalu.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Adnan Md Yassin berkata, kejadian disedari seorang pekerja rumah kebajikan berkenaan sebelum membuat laporan polis.
Menurutnya, beberapa barangan keperluan bayi turut diletak di dalam peti berkenaan.
"Ketika ditemui, bayi berkenaan dipercayai berusia kira-kira seminggu.
"Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengesahan kelahiran atau dokumen pengenalan ibu ditemukan di dalam peti pelindung itu," katanya pada kenyataan hari ini.
Menurut beliau, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk pemeriksaan.
Sehingga kini, katanya, difahamkan tiada individu yang ditahan berkaitan kes terbabit.
Pada masa sama, menurut Adnan, pada 13 Januari lalu, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak memutuskan untuk menempatkan bayi berkenaan di Yayasan Orphanage Cawangan Johor Bahru.
Ia bagi membolehkan pelindung kanak-kanak menyediakan dokumentasi bagi pendaftaran kelahirannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris bayi berkenaan diminta menghubungi pelindung kanak-kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606 atau 0111-7535394.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ayi-rumah-kebajikan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|