CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

Kane cipta sejarah buat City merana

[Copy link]
Post time 6-2-2023 09:33 AM | Show all posts |Read mode

PENJAGA gol Tottenham Hugo Lloris cuba menyelamatkan percubaan pemain City, Rodrigo. FOTO AP

London: Pep Guardiola Manchester City mengalami tamparan hebat untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris selepas Harry Kane memecahkan rekod jaringan untuk memberikan kemenangan kepada Tottenham 1-0 awal pagi tadi.

Skuad kendalian Guardiola boleh merapatkan jurang dua mata dengan pendahulu Arsenal sekiranya meraih kemenangan di utara London tetapi jaringan Kane pada separuh masa pertama, yang kini menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham dengan 267 gol menjadikan The Gunners terus menguasai carta liga.

City di tempat kedua berada lima mata di belakang Arsenal yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan akan menerima kunjungan anak buah Guardiola 15 Februari ini.

Ia akan menjadi pertembungan mesti menang untuk City jika mereka menaruh harapan mengatasi skuad Mikel Arteta yang turut tercicir mata selepas mengalami kekalahan mengejut kepada Everton 0-1.

Ditanya betapa kecewanya terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan Arsenal, Guardiola berkata: "Ya, sudah tentu, Arsenal kehilangan beberapa mata setakat ini dan sudah tentu ada peluang yang dilepaskan.

"Arsenal juga tercicir mata, dan memang ia peluang keemasan. Penting untuk merapatkan jurang dengan Arsenal dan meninggalkan tempat kelima, Tottenham ketika ini, masih jauh.

"Kami tidak berada di posisi untuk berfikir tentang menjadi juara," kata Guardiola.

Stadium baharu Tottenham menjadi mimpi ngeri buat City sejak ia dibuka pada tahun 2019.

Mereka tewas kesemua lima perlawanan di situ dan masih belum menjaringkan sebarang gol di Stadium Tottenham Hotspur.

Selepas mengawal peringkat awal permainan, persembahan City merosot sebaik Kane menjaringkan gol bersejarahnya.

Dengan Kevin De Bruyne bermula di bangku simpanan dan Phil Foden tidak berada dalam skuad kerana tidak sihat, City tidak cukup kreatif untuk mencipta peluang buat Erling Haaland.

Haaland, yang dikawal ketat Cristian Romero sebelum pertahanan Tottenham itu dilayangkan kad merah, gagal membuat sebarang percubaan tepat buat pertama kali sejak berpindah dari Borussia Dortmund musim lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ah-buat-city-merana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047141 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list