CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 1

Man Utd ke final Piala Liga

[Copy link]
Post time 2-2-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Manchester United, Anthony Martial meraikan jaringan pertama pasukannya pada separuh akhir kedua Piala Liga menentang Nottingham Forest di Old Trafford, Manchester, Britain. - REUTERS

MANCHESTER, United Kingdom: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berkata menang trofi ialah tahap yang diperlukan di Old Trafford selepas pasukan itu menewaskan Nottingham Forest 2-0 awal pagi tadi seterusnya menang 5-0 secara agregat untuk ke final Piala Liga.

Anthony Martial dan Fred menjaringkan gol buat skuad kendalian Ten Hag pada 17 minit terakhir aksi separuh akhir itu dengan United akan berdepan Newcastle di Wembley pada 26 Februari.

Tiga pengurus sudah meninggalkan kelab itu sejak United kali terakhir menang trofi menerusi Jose Mourinho pada 2017.



Pemain Manchester United, Fred meledak gol kedua ketika aksi menentang Nottingham Forest. - REUTERS



Fred (kiri) meraikan jaringan bersama Rashford pada separuh akhir kedua Piala Liga menentang Nottingham Forest di Old Trafford, Manchester, Britain. - AFP

Namun Ten Hag kini hanya kurang satu aksi untuk menamatkan kemarau pada musim pertamanya di kelab itu.

"Saya rasa kami ada skuad yang bagus, jadi kami mahu mengawal standard tinggi diperlukan," kata pengendali dari Belanda itu. "Anda perlu membawanya dalam setiap perlawanan.

"Kami adalah Manchester United. Apabila anda ialah pemain United, anda perlu menyamai standard itu."

Kelebihan dikutip Red Devils ketika menang 3-0 di City Ground pada pusingan pertama ketika Ten Hag boleh menggilirkan skuad memandangkan United masih terbabit dalam empat kejohanan.

Dia membuat enam perubahan daripada skuad yang menewaskan Reading 3-1 pada pusingan keempat Piala FA Sabtu lalu dengan Marcus Rashford antara yang direhatkan di bangku simpanan.

Wout Weghorst hampir dapat memecah kebuntuan sebelum rehat babak pertama apabila tandukan pemain Belanda itu sedikit tersasar tetapi permainan menjadi lebih terbuka selepas Ten Hag melakukan perubahan selepas sejam permainan.

"Kami perlu melakukan banyak perkara pada musim ini, setakat ini saya harap semuanya dapat bermain," kata Ten Hag.

"Jika anda mahu menang trofi, anda perlukan semua mereka untuk beraksi. Anda lihat malam ini bahawa kami boleh membawa dinamik baharu dari bangku simpanan." - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... ke-final-piala-liga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 11:16 AM | Show all posts
Harap Newcastle menang di final nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049185 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list