View: 407|Reply: 0
|
City dakwa VAR 'buat lawak'
[Copy link]
|
|
Pemain Manchester United, Bruno Fernandes menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Manchester City di Old Trafford dekat Manchester, England. - AP
LONDON: Manchester United bangkit sebelum mencipta kemenangan dramatik 2-1 berdepan Manchester City menyebabkan pencabar utamanya itu berang dengan kontroversi VAR membenarkan jaringan Bruno Fernandes dalam perlawanan malam tadi.
Berbaki hanya 12 minit di Old Trafford, United ketinggalan di belakang tandukan Jack Grealish pada minit ke-60 pada pertembungan kedua musim ini antara jiran di Manchester itu.
Namun usaha City mempertahankan gelaran mereka berdepan ancaman besar apabila pemain tengah Portugal, Fernandes menyamakan kedudukan hasil gol yang dipertikaikan sebelum Marcus Rashford meledak gol kemenangan United pada minit ke-82.
Gol Fernandes menjadi titik perubahan dan bos City, Pep Guardiola dan pemainnya berang selepas melihat bendera diangkat kerana ofsaid apabila Rashford berlari cuba mendapatkan hantaran Casemiro.
Rashford tidak menyentuh bola dan VAR menyatakan ia tidak mengganggu perlawanan, namun City berkeras bahawa penyerang England itu jelas mengacau pertahanan dan penjaga gol Ederson.
"Gol pertama itu ialah jenaka apabila ia dibenarkan," kata pertahanan City, Manuel Akanji kepada BBC Sport.
"Dia berlari sejauh 30 meter, dia mengejar bola itu. Dalam situasi itu, saya menyebabkan dia (Rashford) ofsaid. Saya faham dia tidak menyentuh bola, tapi bagi saya ia jelas ofsaid."
Guardiola menegaskan tiada keraguan bahawa larian Rashford memberi impak kepada reaksi Akanji dan Ederson.
"Keputusan di tangan pengadil, VAR, tapi pertahanan kami membuat garisan buat Rashford," katanya.
"Jika kami tahu ia Fernandes, kami tidak akan membuat garisan, kami mengikut aksi, dan selepas itu ia gangguan terhadap Ederson."
Pasukan tangga ketiga, United kini hanya satu mata di belakang pasukan tangga kedua, City, yang berdepan bahaya hilang rentak memburu gelaran liga minggu ini.
Kemenangan buat pendahulu, Arsenal pada pertembungan tetangga London berdepan Tottenham tengah malam ini akan meletakkan Gunners lapan mata di depan.
Ketika City bergelut, United berada dalam prestasi yang baik selepas kejayaan kesembilan berturut-turut dalam semua kejohanan.
Ditanya sama ada mereka kini boleh mengejar gelaran, Erik ten Hag berkata: "Penyokong mungkin mengimpikannya tetapi kami tidak. Kami sudah meningkat, itu jelas. Bagaimanapun perjalanan masih panjang." = AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... akwa-var-buat-lawak |
|
|
|
|
|
|
| |
|