CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Negeri Sembilan] RM40.7j kerugian kes penipuan dalam talian

[Copy link]
Post time 28-12-2022 04:34 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Dzaffir Mohd. Yussof (kiri) ketika walkabout Program High Profile Policing'(HPP) di Jalan Bandar Tunggal, Seremban hari ini.



SEREMBAN: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan telah merekodkan sebanyak 2,277 kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian sebanyak RM40.7 juta sepanjang bulan Januari hingga November tahun ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, terdapat enam modus operandi yang digunakan melibatkan kes penipuan dalam talian termasuk belian dalam talian sebanyak 711 kes, Macau scam (393), pinjaman tidak wujud (309), pelaburan tidak wujud (302),  penipuan e-financial (103) dan love atau parcel scam (66).

“Belian dalam talian melibatkan kerugian sebanyak RM5.4 juta, Macau scam (RM12.4 juta), pinjaman tidak wujud (RM2.3 juta), pelaburan tidak wujud (RM8.4 juta), penipuan e-financial (RM5.9 juta) dan love atau parcel scam (RM1.5 juta).

“Selain itu, terdapat tiga modus operandi baharu dikesan iaitu 379 kes tipu tawaran kerja melibatkan kerugian RM5.17 juta,  20 kes tipu tekan link kerugian RM377,344 dan tiga kes tipu untuk mendapatkan bantuan kerugian RM376,000,” katanya pada Program High Profile Policing (HPP) di Jalan Bandar Tunggal di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, daripada keseluruhan kes tersebut seramai 1,152 suspek ditahan manakala 605 individu telah dituduh di mahkamah.

Dalam pada itu, menerusi tujuh Op Tapis yang dijalankan tahun ini, seramai 1,260 individu telah ditahan dengan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM83,596.

“Sebanyak 56 sarang dadah telah digempur sepanjang Op Tapis dan jumlah kes sitaan yang dibuka 62 kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (pelucutan hak),” katanya.-UTUSAN.

 https://www.utusan.com.my/berita ... ipuan-dalam-talian/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.239850 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list