CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Nyawa hampir melayang kerana langgar lampu isyarat merah

[Copy link]
Post time 26-12-2022 01:01 PM | Show all posts |Read mode

PERODUA Axia terbakar selepas terbabit kemalangan di persimpangan dekat Palm Mall, Jalan Sungai Ujong, malam tadi. FOTO ihsan pembaca

Seremban: Padah melanggar lampu isyarat merah, nyawa seorang pemandu kereta hampir melayang apabila kenderaan dinaikinya dirempuh sebelum terbakar 100 peratus di persimpangan dekat Palm Mall, Jalan Sungai Ujong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian jam 10.45 malam itu, pemandu Perodua Axia sempat keluar dari kenderaan dan tidak mengalami kecederaan serius.

"Kemalangan di simpang empat lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhadapan bangunan Palm Mall itu membabitkan dua kereta.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 45 tahun sedang bergerak dari arah Petron Sungai Ujong menuju ke arah Time Hotel, di sini.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu Perodua Axia bertindak mengabaikan lampu isyarat berwarna merah lalu membelok ke kanan untuk masuk ke simpang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nanda berkata, kemudian sebuah BMW 320i yang dipandu seorang lelaki berumur 40 tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi sebelah kiri Perodua Axia.

"Pelanggaran menyebabkan Perodua Axia berpusing lalu terbabas menaiki tembok tengah pembahagi jalan dan melanggar sebatang tiang lampu isyarat.

"Impak pelanggaran menyebabkan Perodua Axia terbakar keseluruhan. Akibat kemalangan, tiada kecederaan dialami oleh kedua-dua mangsa," katanya.

Beliau berkata, kenderaan yang terbakar berjaya dipadamkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang hadir di lokasi kejadian

"Kes disiasat mengikut Rule 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lampu-isyarat-merah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 1.743344 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list