CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Johor] Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong

[Copy link]
Post time 26-12-2022 11:47 AM | Show all posts |Read mode

Pengunjung ‘Tanah Pengunjung Benua Asia’ di Taman Negara Tanjung Piai tidak melepaskan peluang untuk merasai fenomena air pasang besar yang berlaku di taman negara berkenaan. - Foto BERNAMA

Pontian: Fenomena air pasang besar yang berlaku di Taman Negara Tanjung Piai, di sini, terus menjadi tarikan pelancong dan penduduk setempat terutama ketika musim cuti sekolah.

Penolong Pengurus Taman Negara Tanjung Piai, Afendi Abdullah, berkata air pasang besar berlaku sejak 22 Dis lepas dan dijangka berterusan hingga esok dengan ketinggian maksimum 3.6 meter hari ini.

Beliau berkata fenomena air pasang tersebut bermula pada 10.30 pagi hingga 1 tengah hari, namun pengunjung boleh melihat ketinggian air pasang paras maksimum sekitar 11.15 pagi.

"Pihak Taman Negara Tanjung Piai menyasarkan kehadiran pengunjung dan pelancong hingga hujung tahun ini seramai 150,000 orang, dengan seramai 4,000 pengunjung telah berpeluang menyaksikan fenomena air pasang besar.


"Bagi tahun ini sahaja, hingga November lepas taman negara berkenaan telah dikunjungi seramai 140,000 orang," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Cuti-Cuti Malaysia Fun Ride Penghujung Benua Asia Sempena Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022, hari ini.

Hadir sama dalam program itu Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Muhamad Nasir Pahmi dan wakil rasmi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MDP) Norazali Zainuddin.

Menurut Afendi kebiasaannya fenomena air pasang akan berlaku antara tiga hingga empat kali dalam setahun.

Sementara itu, Muhamad Nasir berkata bagi fenomena air pasang kali ini pengunjung turut berpeluang menyertai acara sampingan yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan dengan kerjasama Kelab Berbasikal Anak-Anak Malaysia (BAAM) dan Kelab Berbasikal BMX Batu Pahat.

Beliau berkata aktiviti berbasikal yang pertama kali diadakan itu akan dimasukkan dalam kalender tahunan pelancongan negeri berikutan sambutan yang menggalakkan.

"Seramai 283 peserta dari Malaysia, 12 Indonesia dan lima dari Singapura menyertai acara kayuhan santai sejauh 30 kilometer mengelilingi kawasan Tanjung Piai ini," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Pasir Gudang, Nur Azzameera Azlee, 32, berkata beliau mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan sempena Hari Krismas untuk berkunjung ke Tanjung Piai.

"Ini kali ketiga saya ke sini dan kali ini saya bersama keluarga turut menyertai acara kayuhan santai yang dianjurkan, selain tidak melepaskan peluang melihat fenomena air pasang," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... i-tarikan-pelancong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063584 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list