View: 352|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
'Tak boleh' kencing, katanya
[Copy link]
|
|

LELAKI yang berkelakuan mencurigakan dipercayai di bawah pengaruh dadah enggan memberi sampel bagi ujian urin ketika Ops Bersepadu di Jalan Seremban-Tampin. FOTO Azrul Edham
Seremban: Seorang lelaki bikin drama lebih 2 jam di lokasi sekatan jalan raya (SJR) dekat Kilometer (Km) 5 Jalan Seremban-Tampin, di sini, malam tadi, apabila 'tidak boleh' membuang air kecil bagi menjalani ujian saringan urin.
Terdahulu, lelaki berusia 30 tahun itu melalui SJR berkenaan dengan menunggang motosikal kira-kira 11 malam sebelum ditahan apabila didapati dalam keadaan mencurigakan.
Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan yang turut berada dalam Ops Bersepadu kemudiannya mengarahkan lelaki berkenaan membuang air kecil bagi mengambil sampel air kencing.
Dia bagaimanapun enggan dan memberikan alasan tidak boleh kencing bagi melengahkan masa, malah dapat dilihat lelaki itu dalam keresahan malah sanggup berbaring di bahu jalan.
Selepas lebih 2 jam menunggu, akhirnya lelaki ini dibawa ke balai pada 1.30 pagi dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamin.
Difahamkan, lelaki ini turut mengambil alkohol.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, operasi yang bermula 10 malam itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan bersama jabatan dalaman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Dalam SJR ini, pasukan menjalankan pemeriksaan terhadap 450 kenderaan sebelum mengeluarkan 58 notis saman atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan, ubahsuai dan tiada cermin sisi.
"Manakala JPJ mengeluarkan 31 saman dan sebanyak enam notis arahan pemeriksaan semula JPJ turut dikeluarkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menahan dua lelaki masing-masing berusia 30 tahun kerana didapati positif dadah jenis methamphetamin susulan ujian saringan awal urin terhadap kedua-dua pengguna jalan raya itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... leh-kencing-katanya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|