CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Johor] Pemandu Proton Wira lari lepas langgar rider diburu

[Copy link]
Post time 21-12-2022 01:05 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video yang memaparkan kejadian langgar lari membabitkan kereta Proton Wira dengan sebuah motosikal penghantar makanan di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang pemandu kereta jenis Proton Wira diburu selepas dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, Skudai, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian itu dikesan selepas sebuah video berdurasi 45 saat tular di Facebook.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 8 malam melibatkan kemalangan langgar lari antara kereta Proton Wira dan sebuah motosikal Honda Wave.

“Suspek iaitu pemandu kereta dikatakan memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal seorang penghantar makanan yang berhenti di persimpangan laluan terbabit.

“Pemandu lelaki itu kemudian melarikan diri dengan memandu secara melulu dan melawan arus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Fariz berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal cedera pada belakang badan. Siasatan mendapati kereta dipandu suspek dilaporkan hilang di Pelangi Indah pada Ahad lalu.

Kereta Proton Wira itu kemudiannya ditemui pada pukul 10 pagi hari ini selepas ditinggalkan suspek di tepi Jalan Persiaran Scientex Utama, Senai.

“Polis sedang mengesan pemandu kereta tersebut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... penghantar-makanan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082001 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list