View: 723|Reply: 1
|
Dedah Alami Gangguan Mental, Afgan Bertemu ‘Therapist’ Sehingga Kini
[Copy link]
|
|
Dedah Alami Gangguan Mental, Afgan Bertemu ‘Therapist’ Sehingga Kini
Penyanyi Indonesia Afgan mendedahkan dirinya mengalami gangguan mental sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, dua tahun lalu.
Menurut Afgan, dia mengalami ‘mental block’ yang sangat teruk dan memerlukan sistem sokongan terutama daripada keluarga serta rakan-rakan terdekat ketika itu.
“Ketika pandemik melanda, semuanya terhenti. Saya tak boleh buat persembahan, rakam lagu dan waktu itu juga saya banyak bersendirian.
“Sejak itu, saya alami mental block. Ia adalah tahun yang sangat sukar bagi saya. Justeru, disebabkan itu saya memerlukan sistem sokongan seperti kawan rapat.
“Jika sebelum ini saya bekerja keras selama 13 tahun, namun apabila pademik melanda, saya tidak boleh melakukan banyak perkara. Jadi, saya alami ‘burn out’. Selain itu saya juga alami depresi,” katanya.
Menyedari perkara itu, Afgan mula mengambil keputusan untuk bertemu dengan ahli psikiatari untuk perbaiki banyak perkara.
“Saya mula buat terapi dengan ahli psikiatari sejak pandemik dan rutin itu berlanjutan sehingga sekarang, setiap bulan untuk membuatkan saya untuk keep moving.
“Dalam masa sama, saya bersetuju untuk bertemu pakar kerana ramai antara sahabat saya yang turut melalui hal sama. Jadi, mereka mencadangkan saya untuk mendapatkan bantuan yang serupa.
“Sekarang saya lebih content, spiritual dan tenang. Ada hikmah pandemik ini,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Afgan bakal menjayakan konsert Afgan Evolution di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam, esok.
Afgan bakal menyanyikan 24 buah lagu termasuk karya-karya daripada album mini terbaharu, +62.
Sumber:https://www.xtra.com.my/hiburan/ ... pist-sehingga-kini/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|