CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Selangor] Tiga cedera terjatuh dari 'Sotong Ride'

[Copy link]
Post time 13-12-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Selangor: Tiga termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh dari permainan sebuah taman tema di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.50 malam.

Menurutnya, tiga mangsa itu membabitkan dua wanita dan seorang kanak-kanak.


"Ketiga-tiga mangsa ini terjatuh dari permainan dikenali sebagai 'Sotong Ride' ketika ia sedang bergerak.

"Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, sebanyak tiga ambulans dan sebuah jentera bomba berada di lokasi kejadian.

"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 iaitu beroperasi tanpa lesen," katanya.

Terdahulu, suasana di taman tema terbabit gempar apabila beberapa individu cedera selepas permainan dinaiki mereka terjatuh, malam ini.

Menerusi beberapa video dan gambar yang tular di laman sosial Facebook, kelihatan permainan itu pada awal berjalan lancar sebelum situasi bertukar sebaliknya.

Pada masa sama, kedengaran suara jeritan dipercayai daripada pengunjung taman tema turut dirakam menerusi video berdurasi 15 saat.

Selepas kejadian, orang ramai yang berada di sekitar lokasi kemudian membantu menenangkan mangsa.


ANTARA pengunjung yang cedera selepas terjatuh dari 'Sotong Ride'. FOTO tular.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sotong-ride-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.063535 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list