CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Selangor] Lelaki hilang anak, isteri parah angkara lori terlebih muatan

[Copy link]
Post time 12-12-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandu suaminya terbalik selepas terlibat kemalangan di laluan Gerik baru-baru ini.

Kejadian tersebut telah meragut nyawa bayi sulung mereka, manakala si isteri mengalami kecederaan parah.

Menerusi Kumpulan Facebook, Dashcam Owners Malaysia, lelaki tersebut berkongsi luahannya kerana berang dengan tindakan cuai pemandu lori yang menjadi punca kepada insiden berkenaan.

Difahamkan, beberapa kenderaan lain turut terlibat dalam insiden tersebut disebabkan muatan yang dibawa lori berkenaan terjatuh ke atas jalan raya secara tiba-tiba.

“Semasa kejadian, saya bersama isteri saya mengalu-alukan bayi kami datang ke dunia ini, disebabkan kejadian ini kamu (pemandu lori) telah membawa bayi kami pergi.

“Kejadian ini sebenarnya boleh dielakkan, tetapi sebab kecuaian pemandu dan pihak syarikat terlibat telah menyebabkan kejadian ini berlaku.

“Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setelah kejadian berlaku sehingga setakat ini, tiada sesiapa pun dari pihak syarikat kamu dan pihak syarikat pengangkutan telefon untuk meminta maaf atau tanya khabar,” luahnya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah bapa itu, dia berharap agar pihak syarikat pengendali segera tampil menjelaskan segala persoalan dan tanda tanya yang sedang bermain dalam fikirannya ketika ini kerana masih terkejut dengan insiden malang berkenaan.

“Saya harap pihak syarikat logistik kamu boleh memberikan penjelasan tentang kenapa menggunakan jenis ‘truck’ ini untuk membawa barangan muatan ini dan ia telah melebihi paras ketinggian yang selamat.

“Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, tuga tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera, semua ini boleh membawa banyak kelanjutan. Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam rampas dia dari kami?,” soalnya.

Menurutnya lagi, lori tersebut dipandu melebihi had laju sepatutnya selain membawa muatan secara bertindih dan melebihi paras pintu pagar lori.

Lebih menambah kemarahannya, pemandu lori tersebut telah bertindak melarikan diri dari tempat kejadian namun, berjaya ditahan pihak polis semasa operasi sekatan jalan raya sekitar Jeli, Kelantan.

“Nombor pendaftaran lori itu ialah PJF 9890. Saya harap pemandu lori tersebut dapat balasan dan tindakan undang-undang yang sewajarnya,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... ri-terlebih-muatan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.090962 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list