Tular video sekumpulan penumpang menunaikan solat fardu Subuh di dalam koc Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan menerima pujian ramai.
Video berdurasi 16 saat itu memaparkan empat lelaki mengangkat takbir, berdiri di belakang seorang imam yang mengetuai jemaah berkenaan.
TikTok
Mereka juga menghamparkan sejadah di atas lantai dan menunaikan solat dua rakaat di ruangan tengah antara kerusi penumpang.
Menurut pemilik video yang menggelarkan diri sebagai Benteng Sejagat, solat Subuh berjemaah merupakan situasi biasa buat mereka yang menggunakan KTM untuk ke tempat kerja pada awal pagi.
Selain memuji contoh baik yang ditunjukkan, netizen turut meluahkan rasa sayu melihat kecekalan individu berkenaan keluar awal pagi untuk bekerja dan masih taat menjalankan kewajipan agama.
Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, adalah dibolehkan untuk solat secara umumnya sekiranya seseorang itu berada di atas kenderaan.
Sumber: mStar
|