CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2082|Reply: 8

Datuk Shah Rukh Khan Tunai Umrah

[Copy link]
Post time 2-12-2022 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Shah Rukh Khan (SRK) dilaporkan menunaikan umrah apabila beberapa keping gambar dia lengkap berpakaian ihram tersebar di media sosial, semalam.




Twitter




Gambar berkenaan memperlihatkan pelakon bergelar Datuk itu dikelilingi pengawal keselamatan dengan kawalan ketat semasa berada di Masjidil Haram.







Video berdurasi lima saat juga mengesahkan keberadaan SRK di sana.


Menerusi laman web Hindustan Times, pelakon itu dilaporkan menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem Dunki di Arab Saudi.




  



Filem arahan Rajkumar Hirani yang dibintangi SRK dan Taapsee Pannu sebagai watak utama itu dijangka menjengah pawagam Disember tahun depan.


Dalam perkembangan sama, hero filem Diwale Dulhania Le Jayenge memaklumkan akan menghadiri Festival Filem Antarabangsa Laut Merah di Jeddah.




Sumber: Utusan








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 03:21 PM | Show all posts
Alhamdulillah syukur
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 03:37 PM | Show all posts
Bila lagi tok nak isleykan anak bini...berlakon pun selamba sembah dewa hindu...i kenot brain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 08:22 PM | Show all posts
bukan ke dia kata dia dah lama tak solat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:41 PM | Show all posts
alhamdulillah.. moga istiqomah. xmau komen pape kang kakak kena kecam plak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kads replied at 2-12-2022 08:22 PM
bukan ke dia kata dia dah lama tak solat

Macamana la ya gi umrah...tah la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2022 10:12 AM | Show all posts
moga berubahlah lepas ni... istiqomah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:43 AM | Show all posts
kads replied at 2-12-2022 12:22 PM
bukan ke dia kata dia dah lama tak solat

apa kaitan tak solat dengan umrah. umrah tu maksud ziarah je pon. ramai je yg tak solat pon gi umrah, sajat pon lepas gi umrah sebagai perempuan. pastu yg lagi sorg pengkid gi umrah sebagai lelaki pulak. ko rasa diorg solat ke tak tu.

btw, utk public figure or vvip mcm ni normally diorg kalau dah ada kat area2 tanah arab tu kadang mmg pihak saudi sendiri invite alang2 dah ada kat sina, ahh jom la buat umrah, gituh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusla, semoga kita ni pun dapat jemputan tuhan pi sana sebelum ajal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.072629 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list