View: 1112|Reply: 4
|
Hugh Jackman Terkedu Nicole Kidman Berhabis Hampir RM500,000 Bida Topinya
[Copy link]
|
|
Pelakon terkenal, Nicole Kidman membuatkan penonton terkejut kerana dia membeli topi yang dipakai oleh aktor Hugh Jackman pada harga AS$100,000 (RM448,000) semasa majlis lelongan yang diadakan selepas persembahan muzikal Broadway di New York beberapa hari lalu.
Aktres Hollywood itu membeli topi yang ditandatangani oleh Jackman, 54, pada majlis lelongan yang diadakan selepas persembahan muzikal berjudul The Music Man. Jackman merupakan aktor berasal dari Australia iaitu negara kelahiran Kidman.
IG Nicole Kidman
Kidman, 55, membeli topi itu bagi tujuan kebajikan kerana hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Broadway Cares.
Dalam rakaman yang disiarkan di akaun Instagram Jackman, suara Kidman didengari membuat tawaran yang mengejutkan.
Dia juga bangkit dari tempat duduk dan menuju ke pentas serta memeluk aktor tersebut yang merupakan rakan lamanya sekali gus menerima tepukan daripada penonton.
“Nicole (Kidman) anda luar biasa! Kemurahan hati anda benar-benar menakjubkan. Terima kasih sahabat,” demikian menurut kenyataan Jackman dalam Instagram.
Add Image Caption Here
Perbuatan Kidman itu berlaku sebelum dia menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Institut Filem Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan.
Dia yang dibesarkan di Sydney akan menjadi warga Australia pertama menerima anugerah itu.
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
Duit banyak..apedehal..afterall it's for a good cause.. |
|
|
|
|
|
|
|
Meolss syorkan cuolls tengok siri Bangkok Hilton lakonan Nicole Kidman kat youtube mmg best yaachhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 1-12-2022 02:02 AM
dah tua da.. sedihnya.
Setiap yang muda pasti akan tua, kecuali mati awal. Don't be sad. |
|
|
|
|
|
|
| |
|