View: 359|Reply: 0
|
Piala Dunia: Messi harap tuah kasut baharu
[Copy link]
|
|
MESSI bakal beraksi untuk edisi terakhir Piala Dunia menyebabkan Adidas mengeluarkan kasut edisi istimewa yang bakal digunakannya sepanjang kempen kali ini. – AFP
Piala Dunia: Messi harap tuah kasut baharu
DOHA – Menjadi bintang sensasi dunia, para peminat bukan sahaja mahu melihat kelibat pemain pujaan mereka beraksi, tetapi aspek gaya dan pemakaian juga sentiasa menjadi perhatian.
Bagi kapten sensasi Argentina, Lionel Messi, pentas Piala Dunia Qatar 2022 bakal menjadi medan terakhir dalam kariernya selepas membuat pendedahan tersebut pada Oktober lalu.
Justeru, sebagai edisi terakhir penglibatan, penajanya yang juga pengeluar jenama sukan tersohor dunia, Adidas mengesahkan bahawa mereka telah mengeluarkan kasut bola istimewa yang bakal digunakan pemain itu sepanjang kempen kali ini.
Sepanjang karier sebagai pemain bola sepak, Messi telah berjaya memenangi segala-galanya kecuali Piala Dunia dan Adidas berharap kasut yang dikeluarkan kali ini mampu memberi tuah buat pemain Paris Saint-Germain tersebut.
Adidas X Speedportal mengambil inspirasi kasut yang digunakan Messi sejak kali pertama dia beraksi di pentas Piala Dunia pada 2006 sehingga kini dengan menggunakan warna latar emas.
Selain itu, ia turut dipadankan dengan warna biru dan putih yang melambangkan warna bendera Argentina serta kombinasi jalur hitam di bahagian belakang yang menjadikannya lebih eksklusif.
Messi dijangka akan turun menentang Arab Saudi pada aksi pertama melibatkan pasukan Argentina pada Selasa ini menggunakan kasut berkenaan sehingga kempen kali ini berakhir.
Kempen kali ini menyaksikan Messi menyertainya buat kali kelima dan sehingga kini telah meledak enam gol di pentas Piala Dunia sepanjang empat penyertaannya yang lalu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... -tuah-kasut-baharu/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|