CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 0

[Pulau Pinang] Chegu Thanen sedih, Yee Fung tekad teruskan perjuangan

[Copy link]
Post time 20-11-2022 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Chegu Thanen sedih, Yee Fung tekad teruskan perjuangan

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI     20 November 2022       12:14pm






Thanenthiran dan Yee Fung




GEORGETOWN - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bayan Baru, Saw Yee Fung bertekad akan meneruskan perjuangannya dalam politik walaupun tewas di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Sim Tze Tzin.

Yee Fung berkata, kekalahan tersebut bukan titik noktah dalam arena politiknya sebaliknya akan berusaha lebih kuat untuk mencipta kemenangan di masa hadapan.

Beliau berkata, akan meneruskan perjuangan dan memainkan peranan semak dan imbang.

"Kekalahan ini bukanlah titik noktah buat saya, tetapi ia satu permulaan yang amat baik dan sudah pasti juga bukan satu pengakhiran. Saya akan teruskan perjuangan dan memainkan peranan semak dan imbang.

"Politik yang sihat memerlukan suara dari pelbagai pihak, saya menghormati pilihan pengundi Bayan Baru dan akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang untuk membina Bayan Baru dan Malaysia yang lebih baik," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pengundi Bayan Baru yang telah memberi undi kepadanya.

"Walaupun tewas, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi di Bayan Baru yang telah mengundi saya pada pilihan raya kali ini.

"Terima kasih juga kepada semua jentera parti komponen, keluarga dan rakan yang turut memberi sokongan padu sepanjang tempoh berkempen ini, ia sudah pasti menjadi kekuatan saya dalam mengharunginya.




"Buat rakan media, jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi bantuan dan sokongan kepada saya selama ini. Saya amat hargainya. Terima kasih semua kerana sudi bersama-sama saya selama ini," katanya.

Yee Fung merupakan salah seorang calon termuda di Pulau Pinang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Bayan Baru yang menyaksikan pertarungan enam penjuru.

Beliau bersaing dengan Ooi Chuan Aun dari Warisan, Ravinder Singh dari Parti Rakyat Malaysia (PRM), Kan Chee Yuen (Bebas), Sim Tze Tzin (Pakatan Harapan) dan Oh Tong Keong dari Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, calon BN Nibong Tebal, Datuk Seri RS Thanenthiran berkata, walaupun sedih dengan kekalahannya, beliau tetap bersemangat untuk terus bersama masyarakat.

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Chegu Thanen berkata, reda dengan keputusan tersebut dan berharap rakyat Nibong Tebal akan terus maju.

"Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya untuk berkempen di Nibong Tebal. Secara jujurnya, saya sedih tetapi semangat untuk terus bersama masyarakat membantu dan berkhidmat tidak akan terhenti di sini.

"Saya reda dengan keputusan ini dan berharap penduduk Nibong Tebal akan terus maju. Saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau kelakuan sepanjang tempoh berkempen. Perjuangan saya ikhlas terhadap rakyat dan ia akan berterusan sehingga akhir hayat saya. Terima kasih," katanya.

Kerusi Parlimen Nibong Tebal menyaksikan pertandingan empat penjuru, Thanenthiran bertembung dengan penyandang kerusi itu, Datuk Mansor Othman (PN), Fadhlina Sidek (PKR) dan seorang calon Bebas, Goh Kheng Huat.

Pada PRU14 lalu, kerusi Parlimen Nibong Tebal dimenangi Mansor yang ketika itu bertanding atas tiket PKR dengan undi sebanyak 35,395 menewaskan Datuk Shaik Hussein Mydin (BN) dengan jumlah undi sebanyak 19,578 undi manakala Mohd Helmi Harun (Pas) memperoleh 6,875 undi dan Tan Tee Beng (Bebas) dengan 331 undi.




sumber

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.059032 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list