CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU-15: Tarik orang muda mengundi

[Copy link]
Post time 19-11-2022 07:44 AM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Tarik orang muda mengundi


ALIRAN kenderaan keluar dan masuk dari arah Georgetown dan Butterworth di Jambatan Pulau Pinang bergerak perlahan.



Georgetown: Tawaran menarik restoran dan outlet makanan yang dipromosikan di media sosial sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menjadi tarikan terutamanya kepada pengundi muda untuk pulang ke kampung halaman menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, hari ini.

Kebanyakan restoran dan outlet makanan menawarkan potongan harga malah ada yang menawarkan makanan dan minuman percuma kepada pengundi yang telah selesai mengundi dengan hanya menunjukkan jari dengan kesan dakwat hitam.

Sri Zulaikha Rohaizad, 21, pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh berkata, beliau bersama rakannya Nur Fatin Farzana Zahrul Zamzuri, pelajar dari jurusan Kejuruteraan Awam, masing-masing sudah membeli tiket bas dua hala untuk pulang ke Ampang dan Putrajaya.

"Seronok juga dapat menikmati diskaun untuk membeli makanan dan minuman kesukaan saya. Tetapi yang lebih penting dan untuk jangka masa panjang, saya mengundi untuk masa depan.

"Sebagai seorang pelajar pertama kali mengundi, sudah tentulah saya teruja untuk pulang mengundi, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui di Penang Sentral, di sini, semalam.

Tinjauan di stesen keretapi Butterworth dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) mendapati rakyat Malaysia sudah memulakan perjalanan mereka untuk pulang ke kampung masing-masing bagi menunaikan kewajipan setiap lima tahun itu.



BILANGAN penumpang domestik di KLIA meningkat susulan ramai pulang ke kampung halaman untuk mengundi sempena PRU-15.

Jurucakap Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) berkata, penjualan tiket amat laris dan meningkat dua kali ganda kepada 2,000 tiket berbanding 900 tiket sebelum ini dengan jangkaan keadaan lebih sesak pada hari Jumaat dan Ahad ini.

"Terdapat juga masalah teknikal yang terpaksa dilalui penumpang termasuklah jadual bas yang sedikit lewat, tetapi keadaan masih lagi terkawal dan penumpang adalah bercampur iaitu pelancong luar negara dan juga rakyat tempatan.

"Bagaimanapun, ia lebih kepada penumpang tempatan dan kebanyakannya membeli tiket pulang ke pantai timur," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di jalan Gua Musang, Kelantan - Kuala Lipis di Pahang dan Jeli, Kelantan - Gerik di Perak setakat jam 8 malam ini mendapati jumlah kenderaan semakin bertambah, menyebabkan pergerakan kenderaan menjadi perlahan sehingga mengalami kelewatan lebih tiga jam dalam perjalanan sebelum memasuki sempadan Kelantan.

Hafizee A Hamid, 45, yang menetap di Kota Damansara, Selangor berkata, walaupun sudah merancang perjalanan untuk bertolak awal pagi kelmarin, tetapi masalah kesesakan lalu lintas terpaksa ditempuhinya dan tidak dapat dielakkan.

"Hampir satu jam saya tersangkut dekat Raub dan Ulu Dong di Pahang manakala trafik perlahan berlaku di salah satu kawasan. Kebiasaannya perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai hanya mengambil masa selama tiga jam tetapi hari ini hampir lima jam," katanya ketika ditemui Bernama di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang.


Disiarkan pada: November 19, 2022 @ 7:02am











sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.059861 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list