CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU-15: Tiket funikular percuma buat pengundi Bukit Bendera

[Copy link]
Post time 17-11-2022 01:03 PM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Tiket funikular percuma buat pengundi Bukit Bendera

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Funikular Bukit Bendera.




Georgetown: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) menyediakan tiket funikular dua hala secara percuma kepada pengundi di Bukit Bendera yang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.

Ia berikutan Dataran Stesen Atas Bukit Bendera itu akan menjadi satu daripada saluran pusat mengundi Parlimen Bukit Bendera.

PBBPP menerusi kenyataannya berkata, tiket itu bagaimanapun hanya bagi pengundi yang berdaftar di Dataran Stesen Atas Bukit Bendera.

"Pengundi berdaftar perlu mengesahkan identiti mereka di Kaunter Info Pengundi yang terletak di Stesen Bawah Bukit Bendera bagi mendapatkan tiket percuma untuk membuang undi di pusat mengundi di Dataran Stesen Atas Bukit Bendera.

"Orang ramai yang mempunyai keperluan khas dan memerlukan bantuan, boleh hubungi kakitangan perkhidmatan pelanggan kami.

"Selain itu, kerusi roda turut disediakan di kaunter perkhidmatan bagi kemudahan bersama, " katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Bagi maklumat lanjut mengenai perkhidmatan funikular boleh layari https://penanghill.gov.my/index.php/en/tickets


Disiarkan pada: November 17, 2022 @ 11:53am






sumber






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059128 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list