CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctA

CINTA BEE dan DAISY [U]

[Copy link]
 Author| Post time 18-3-2011 12:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 18-3-2011 01:47

“I nampak you pagi-pagi singgah Lily’s Florist you buat apa? Semalam pun I nampak”
Idzhan memandang Nisa tidak berkelip. Cuba membaca riak wajah Nisa.   Muka kering tu, nak klasifikasikan sebagai cemburu atau tak kisah?
“I tempah baju” Idzhan menyuap nasi lemak ke mulut. Nasi lemak dengan seketul ayam  goreng berempah dekat kopitiam ni memang heaven. Sambal dia pedas dan manis sebati.  Kalau sekali-sekala turun bersarapan di sini ada dua benda je yang Idzhan akan order; lontong dan nasi lemak.


Nak turun breakfast setiap hari memang tak mungkin. Syarikat tempat dia kerja tu bukan bapa dia punya yang dia boleh selalu-selalu keluar lepas punch card. Gila lingkup syarikat kalau hari-hari jam 8.30 dah keluar lepak kat  gerai makan.


“You tempah bunga ke?” Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Idzhan. Orang tanya betul-betul dia boleh buat main pula.


“Tak, I tempah baju” Idzhan sengaja melencongkan  jawapan. Malas nak berlaku jujur sangat dengan Nisa. Nanti datang cemburunya, dia akan tarik muka. Suasana akan dingin tiba-tiba meski Idzhan sudah berkali-kali menerangkan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar kawan biasa.


Satu perkara yang dai memang tabik dengan Nisa adalah sifat berani dia. Berani mengaku awal-awal yang dia memang ada hati dengan Idzhan. Dengan gaya dan lagak yang professional gila masa tu, dia boleh tenang je terima hakikat  yang Idzhan anggap dia kawan. Tapi lama-lama, pantang ada tersebut nama perempuan lain je, muka cemburu dia tu memang tak boleh nak sorok, walaupun dia cuba berlagak setenang selalu.

“Okey…” Nisa mengangkat kening, cuba mengikut rentak Idzhan. “You tempah ‘baju’ untuk siapa? Takkan tempah ‘baju tu’ untuk diri sendiri kot” Nisa bersandar pada kerusi sambil memeluk tubuh.


“Salah ke kalau I tempah untuk diri sendiri” Idzhan masih tak mengangkat muka dari mengahadap rezeki Allah di hadapan mata. Lebih baik dia tak ambil pusing sangat dengan kecemburuan Nisa daripada melayan setiap soalan-soalan yang macam keluar dari mulut inspector tu. Bukan wajib sangat pun untuk dijawab. Kdang-kadang pelik dengan perangan perempuan ni, suka sangat bertanya benda-benda yang tak perlu, yang tak ada kaitan dengan diri sendiri. Sudahnya, diri sendiri yang akhirnya patah hati. Lepas tu, tarik muka. Aish. Nisa sendiri nak cari nahas. Dia nak korek carita sampai dia puas hati.


“Siapa perempuan tu?” Nisa tak jadi nak makan. Dah lama patah selera semenjak minggu lepas apabila dia dapat tahu yang Idzhan pergi florist.


“You ada pergi florist tu tanya untuk siapa bunga-bunga yang I tempah tu?” Idzhan bertanya sinis. Suasana yang tenang dan menggamit selera tadi sedikit sebanyak patah. Syukur nasi lemak ni dah nak habis. Taklah merana nak licinkan pinggan dalam keadaan selera yang dah mati.


“You perli I”


“Kenapa you nak tahu sangat?”


“I just nak tahu je siapa perempuan tu. Umur berapa, kerja kat mana? Since when you kenal dia, cantik ke tak and bla bla bla”


“Is that what you called ‘je’?” Idzhan rasa nak tergelak. Perlu ke Nisa tahu semua benda tu. Dan kalau dia tahu Wilda kerja kat mana sekalipun, apa yang dia boleh buat? Nak serang Wid kat ofis dia? Itu bukan attitude jurutera Miss…


“Han…” Nisa gigit bibir. “I tak boleh terima you dengan orang lain”  Kali ini suara dah cair. Sumpah tak sanggup tengok perempuan lain yang berdiri sebelah Idzhan.


“You lagi cantik dari dia” So?


Suara Idzhan yang sedikit meninggi menarik perhatian pelanggan-pelanggan di meja berdekatan. Masing-maisng sudah mencuri pandang.  Muka Nisa merah menahan malu. Idzhan pula cuba menahan perasaan geram yang dah lama tersimpan. Dia tidak peduli dengan pandangan-pandangan dan persepsi orang yang bukan dalam lingkungannya.


“I lagi cantik pun tak guna. Sebab you still lagi suka dia berbanding I kan?” Nisa memperlahankan suara separuh berbisik apabila menyedari mata-mata yang tak diundang masih memerhatikan mereka.
Idzhan menyedut  milo ais yang sudah tinggal separuh.  Ni kira dah menceroboh hak aku sebagai lelaki ni.

"Ok, you tahu pun. So, apa sebenarnya yang you nak?" Idzhan memandang Nisa tajam. Tak faham sebenarnya apa tujuan Nisa nak tahu semua benda. Bila beritahu, dia masih tunjukkan raa tak puas hati dia. Orang perempuan ni selagi tak dapat apa yang dia mahu, dia takkan berhenti ke? Wid macam tu jugak ke? Terbayang gambaran wajah Wilda dan Adril di hadapan mata silih berganti. Nisa teridam mendengarkan balasan Idzhan. Cukup jelas apa sebenarnya yang dia mahukan. Kalau pun Idzhan tak mahukan dia, dia memang tak sedia nak tengok Idzhan dengan sesiapa.


“I gerak dulu. Nak pergi site.” Melihatkan Nisa yang kaku tidak bersuara, Idzhan bingkas bangun meninggalkan Nisa. Gadis itu kelihatan  termangu-mangu dengan tindakan Idzhan. Tak pernah dia nampak Idzhan sebegitu serius. Selalunya Idzhan bijak mengawal keadaan. Nisa menahan perasaan di dada. Dia tahu sebab-musabab perubahan itu. Perempuan itu benar-benar wujud. Argh.


Dan saat Idzhan hendak melangkah keluar dari premis itu, langkahnya tiba-tiba mati. Bagaikan ada tali yang mengikat kaki. Tak tahu hendak setapak ke hadapan atau ke belakang. Wajah puteri yang dirindui benar-benar di hadapan mata. Cukup indah di pandangan mata untuk terus memaku dirinya.


“Awak…” suara itu lambat-lambat memanggilnya. Dalam keadaan dua-dua yang masih terpaku, ada mata yang tajam memerhati dengan debaran kencang yang menyesakkan dada.


“Awak, dompet awak jatuh”


Alahai.. suara yang  hampir lima tahun tidak didengari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2011 01:15 AM | Show all posts
sibuk ar si nisa ni...
syuh syuh pegi men jauh2..

mesti suara wid, suara yg hampir 5 thn xdengar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2011 01:33 AM | Show all posts
cepat aje mijot ni.  tehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2011 01:35 AM | Show all posts
cepat aje mijot ni.  tehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 10:55 AM | Show all posts
huhuhu... rindunya pada widad...
wid......
more n3 please.... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 02:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by Jaza2008 at 18-3-2011 14:40

tuk pengetahuan cTa... mula2 baca citer ni tak perasan sgt byk kekeliruan...

dan hari ini aku nak tgur skit...
bab 1 awal2 lagi ada kekeliruan yg amat ketara...



Kereta pacuan empat roda itu meluncur laju meredah arus jalan raya yang tidak berapa sibuk. Tidak seperti waktu pagi yang menuntut kesabaran yang tinggi. Jumlah pengguna jalan raya yang semakin banyak dari hari ke hari membuat Wilda semakin meluat untuk keluar ke mana-mana. Kalau keluar saja. Pasti tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Perjalanan lima minit menjadi 10 minit. Lagi teruk,sampai 15 minit. Apakan daya, kalau tak keluar, tak bekerjalah dia nampakgayanya.




lepas je eksiden dia keluar..



“Maaaaaaaaaaaaaaaa!”Wilda menjerit. Brek kereta ditekan kuat. Suara Haze yang tadinya dalam kepala,hilang tiba-tiba. Kereta yang dipandunya berhenti mengejut. Phew! Gila punya kereta depan ni,
tiba-tiba berhenti padahal sempat lagi jalan. Lampu isyarat belum merah lagi, baik sangat berhent itu kenapa? Gerutu hatinya.

Gedegang!Arghhh!!!!!!!!!!

Wildakebengangan. Dia meninjau dari cermin pandang belakangnya. Apahal la pulakkereta belakang ni buat sudden break macam aku! Kalau bawak perlahan, mesti sempat brek. Wajahnya mula kelat. Keratanya dibawa keluar dari barisan menghampiri tepi jalan. Dilihatnya, kereta di belakangnya turut sama ke tepi.

Ah,sudah. Nak maki hamun ke, nak senyum dulu ke, nak cabut kasut
dulu ni. Dia merengus. Habis kereta aku!



Keluar sahaja dari kereta, terus dia ke belakang. Dia cuba mengamati kesan perlanggaran tadi. Ada sedikit calar pada permukaan Vios hitam itu.
       “All drivers would said that” Wilda angkat kening. Muka kasihan, aku benci.Wilda menghampiri pula bahagian hadapan Honda City itu pula. Calar ada permukaan kereta itu nyata tidak serius juga.




bab 1 ni kekeliruan ttg kenderaan yg Wilda naiki..... Vios ke pacuan empat roda?masa berkarya kena sentiasa rajin refer back to the story supaya tiada kekeliruan terjadi sbb masa idea dtg macam2 timbul kat kepala dan digarapkan oleh taipan jemari kita... sila berhati2 dgn idea sendiri... baru nak buat review balik cerita ni sbb baru baca smpai bab 11......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-3-2011 08:49 PM | Show all posts
ok jaza. nanti kita tgk n betulkan balik. mmg tulis kdg2 ikut sedap tangan n kepala je. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 09:02 PM | Show all posts
saat, nak lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2011 10:09 PM | Show all posts
mijot, nanti aku update lg keh, tengah sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2011 10:10 PM | Show all posts
mijot, nanti aku update lg keh, tengah sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2011 10:11 PM | Show all posts
mijot, nanti aku update lg keh, tengah sambung
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 07:31 PM | Show all posts
cTA jgn lupa hapdet taw..

tq
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:59 PM | Show all posts
next...sambung lg yer....ngeeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.055989 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list