CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Selangor] PRU-15: Baiknya Orang Sepang, Polis senang hati!

[Copy link]
Post time 15-11-2022 03:35 PM | Show all posts |Read mode

WAN Kamarul (atas) memberi arahan kepada anggota ketika penamaan calon di Bandar Baru Salak Tinggi. FOTO SAMADI AHMAD.

Sepang: "Syukur kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di daerah ini berlangsung dalam keadaan tenang tanpa sebarang perkara tidak diingini," ujar Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff.

Menurutnya, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan daripada calon, jentera pilihan raya dan penyokong membabitkan kes PR-U15.

Katanya, berbaki tiga hari berkempen, tiada kekecohan dilaporkan berlaku kecuali kes jentera bomba tersangkut kain pemidang parti politik yang melintang di jalan Sungai Merab.


"Sejak hari penamaan calon 5 November lalu, seramai 50 anggota ditugaskan setiap hari bagi memantau situasi calon berkempen," katanya ketika hadir menyaksikan proses pengundian awal bagi kerusi Parlimen Sepang yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, tadi.

Ia membabitkan 1,850 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan IPD Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut hadir menyaksikan proses itu adalah Pegawai Pengurus PRU15 Parlimen Sepang, Datuk Abd Hamid Hussain.

Wan Kamarul berkata, tiga unit pasukan pencegahan rusuhan ringan yang setiap satu mengandungi lapan petugas diarah bersiap sedia mengawal tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sepang.

"Selain itu pihak polis turut membentuk enam pasukan Cantas bagi memastikan tiada kekecohan berlaku khususnya di kawasan 'panas'.

"Sepanjang hari pengundian pada Sabtu ini, seramai 69 anggota dan pegawai akan dihantar ke IPD Klang Utara dan IPD Klang Selatan bagi membantu kekurangan anggota.

"Keadaan itu tidak menjejaskan tahap keselamatan di seluruh Sepang dan memberi jaminan keadaan keselamatan terkawal dengan baik di daerah Sepang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-polis-senang-hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.181472 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list