|
Trofi Piala Dunia 2022 dipamerkan di Doha menjelang aksi bermula 20 November ini. - AFP
DOHA: Trofi Piala Dunia FIFA akhirnya tiba di Qatar menjelang sepak mula pada 20 November ini.
Trofi itu dipamerkan selepas menjelajah 51 negara, termasuk persinggahan di semua 32 negara yang layak ke kejohanan tahun ini.
Diperbuat daripada emas 18 karat, trofi itu mempunyai ketinggian hanya 37 sentimeter dan beratnya hanya 6 kilogram.
Ia menggambarkan dua figura manusia yang menjulang planet bumi.
Walaupun ia dianggarkan berharga sekitar AS$50,000 (RM230,000) pada masa ia dibuat, kini ia bernilai sekitar AS$20 juta (RM92 juta).
Ketika pasukan bola sepak Itali tidak layak beraksi pada kejohanan terulung itu, sebuah keluarga Itali tetap mewakili mereka di Qatar, kerana keluarga berkenaan sudah bersama trofi itu selama lebih 50 tahun.
Silvio Gazzaniga, seorang artis di Milan, mengukir trofi terkenal itu pada 1971, selepas Brazil dibenarkan menyimpan trofi sebelumnya susulan kejayaan memenangi kejuaraan itu sebanyak tiga kali selepas Piala Dunia 1970 di Mexico.
Trofi itu sebelumnya dinamakan Trofi Jules Rimet sebagai penghormatan kepada presiden ketiga FIFA, yang mempelopori Piala Dunia pertama. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -bernilai-rm92-juta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|