CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Perak] 'Bawa' tugu atas motor

[Copy link]
Post time 5-11-2022 11:54 AM | Show all posts |Read mode

ZAIDI dan Rohana sanggup berhabis ribuan ringgit untuk modifikasi motosikal.

Sungkai: Dua beranak rela berhabis duit kira-kira RM12,000 semata-mata memenuhi hobi mengubah suai motosikal jenis Honda Ex-5 High Power sejak lima tahun lalu.

Lebih unik lagi, mereka berdua yang tinggal di Batu Gajah, Perak ini memilih warna Jalur Gemilang sebagai warna serta elemen utama motosikal berkenaan untuk dipamerkan kepada orang ramai atau dalam pertandingan yang disertai.

Pekerja kilang, Zaidi Ishak, 43, berkata hobi modifikasikan motosikal dikongsi bersama anak sulungnya, Muhammad Danial, 19, jika ada masa terluang di rumah.


Menurutnya, motosikal terbabit dibeli daripada seorang rakan dengan harga RM3,000 yang sebelum ini digunakan oleh rakannya untuk ke kebun.

"Biasalah, kita boleh bayangkan bagaimana keadaan motosikal yang digunakan untuk ke kebun, sudah tentu banyak komponen yang perlu ditukar.

"Pada awalnya, saya mengeluarkan modal RM4,000 untuk mengubahsuai motosikal terbabit memandangkan anak sulung saya amat berminat untuk melakukannya," katanya ketika ditemui di Bikers Gathering Sungkai, baru-baru ini.

Gabungan idea, dua beranak berkenaan berjaya mengubah rupa bentuk fizikal motosikal berkenaan kelihatan cukup menarik.

Motosikal berkenaan secara lahiriah berjaya menterjemahkan semangat cintakan negara dengan elemen dan gambar yang berkaitan kenegaraan dipamerkan pada bahagian komponen motosikal berkenaan.

Dia yang juga sukarelawan polis berkata, teknik airbrush digunakan bagi mengecat motosikal berkenaan di samping gambar atau lambang yang berkaitan kenegaraan pada motosikal berkenaan.

Katanya, motosikal yang diubah dan mempamerkan warna dan Jalur Gemilang, Tugu Negara, Bunga Raya, Menara Berkembar Pertronas (KLCC) serta Harimau Malaya yang dimodifikasi, hanyalah untuk pertunjukan dan pertandingan sahaja.

"Setiap hari, saya atau anak lelaki saya akan menghidupkan enjin motosikal bagi memastikan bateri motosikal berkenaan berfungsi dengan baik.

"Hobi modifikasi motosikal bukan sahaja kami berdua, malah isteri Rohana Mat Yazid dan dua lagi anak perempuan juga sering meluang masa malah memberi sokongan pada kami.

"Sebagai tanda sokongan, mereka semua sentiasa mengikut saya ke mana sahaja jika ada pameran atau pertandingan motosikal," katanya.


PENUTUP enjin bercorak Jalur Gemilang serta Tugu Negara.

Kreativiti mereka terserlah, bahagian penutup enjin terdapat Jalur Gemilang bersama Tugu Negara, atas tangki minyak pula terdapat Jalur Gemilang dihiasi gambar Harimau Malaya, manakala penutup karburator (Menara Berkembar Pertronas), penutup rantai (Bunga Kebangsaan), pelindung hadapan (Jalur Gemilang), plat (Jalur Gemilang) dan cermin kiri (akuarium) dengan gabungan warga Jalur Gemilang serta watak animasi.

Jadi tidak hairanlah, jika motosikal berkenaan sering menarik perhatian orang ramai sama ada dalam pameran mahu pun pertandingan yang dianjurkan oleh pihak berkaitan.

Zaidi berkata, setakat ini motosikal terbabit muncul juara sebanyak lima kali dalam kategori pertandingan airbrush tercantik dan motosikal CUP tercantik.

Menurutnya, design gambar dan gabungan warna pada motosikal berkenaan datangnya dari idea dia bersama anaknya manakala kerja mengecat motosikal berkenaan dibuat oleh rakannya dari Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, Rohana pula berkata, motosikal berkenaan bukan sekadar objek semata-mata tetapi ia adalah lambang ikatan kekeluargaan mereka.

Menurutnya, motosikal berkenaan juga merapatkan hubungan kami lima beranak yang kadangkala menghabiskan masa bertukar idea untuk menjadikan modifikasi lebih menarik.

"Setiap kali ada pertunjukan atau pertandingan, kami pergi bersama dan di situlah hubungan kami anak beranak menjadi lebih akrab.

"Sebagai isteri sudah tentu sentiasa memberi galakan kepada suami dan sebagai ibu juga pasti berbangga dapat melihat hasil kreativiti anak sendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... awa-tugu-atas-motor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.103278 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list