CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 3

Justin Bieber Beri Amaran, Larang Hailey Bieber Kawan Rapat Dengan Selena Gomez

[Copy link]
Post time 27-10-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Minggu lalu tular beberapa foto menyaksikan kemesraan di antara model Hailey Bieber dan penyanyi Selena Gomez ketika mereka menghadiri malam gala Academy Museum di Los Angeles.


Meskipun kedua-dua selebriti terkenal itu dikatakan bermasam muka namun foto yang diambil oleh Tyrell Hampton itu menunjukkan sebaliknya dan ia bukti mereka tidak bermusuhan.


Bagaimanapun, suami Hailey iaitu Justin Bieber yang juga bekas kekasih Selena tidak gembira dengan keakraban yang ditonjolkan.










Memetik laporan Geo News, Justin juga dikatakan memberi amaran kepada Hailey agar tidak menjalinkan hubungan rapat dengan Selena.


Kata Justin, dia bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di antara mereka kelak.


"Dia memberi amaran kepada Hailey untuk menjauhkan diri daripada Selena kerana takut sesuatu yang buruk berlaku," katanya.


Terdahulu, hubungan Hailey dan Selena didakwa dingin gara-gara model itu dikatakan merampas Justin daripada penyanyi berkenaan.




Foto: IG




Sejak Justin dan Hailey berkahwin, pasangan itu sering menjadi sasaran netizen dan menunjukkan rasa kasihan terhadap Selena.


Hailey dalam satu temu bual bagaimanapun menyangkal semua dakwaan berkenaan malah menegaskan hubungannya dengan Selena baik-baik sahaja.


"Mereka dah ada hidup mereka sendiri sekarang jadi mereka lupakan perkara lepas dan mulakan hidup baharu," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 12:15 PM | Show all posts
realiti nya memang tak perlu pon bini berkawan dengan ex...

life goes on. masing2 ada kehidupan sendiri. past is past and let bygone be bygone.
haa gitewww

prinsip ini tidak terpakai utk norman dan abby yer
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 12:20 PM | Show all posts
Who cares!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 06:24 PM | Show all posts
justin cuak la tuu..kekekee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.239162 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list