View: 1076|Reply: 1
|
Jangan tinggal 7 barang-barang ini di dalam kereta, doktor kongsi fakta tentang bahaya menanti
[Copy link]
|
|
Jangan tinggal 7 barang-barang ini di dalam kereta, doktor kongsi fakta tentang bahaya menanti
MESKIPUN ada banyak ruang kosong, bukan bermakna anda boleh menyimpan segala barang keperluan atau dokumen penting di dalam kereta. Menyimpan barang yang tidak sepatutnya bukan sahaja merosakkan barang tersebut kerana suhu yang tinggi tetapi juga turut membahayakan nyawa.
Ada tabiat sesetengah orang yang gemar menjadikan kereta seperti ‘rumah kedua’ mereka. Jangan sesekali ambil mudah tentang barang-barang yang ingin disimpan. Mungkin anda masih bujang jadi anda bebas meletakkan apa juga jenis barang. Dalam apa jua situasi, aspek keselamatan perlu dititikberatkan.
Melalui satu perkongsian dilaman media Facebook, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberikan nasihat agar warga maya tidak meninggalkan tujuh jenis barang ini di dalam kereta kerana boleh mendatangkan bahaya.
Kredit foto: Pexels
Bukan bermakna kita tidak boleh simpan barang di dalam kereta. Sebelum menyimpan apa juga jenis barangan di dalam kereta, pastikan dahulu barang-barang tersebut benar-benar selamat atau pun tidak untuk disimpan di dalam kereta.
Melalui satu perkongsian dilaman media Facebook, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberi nasihat agar warga maya tidak meninggalkan tujuh jenis barang ini di dalam kereta.
Baca juga: Bawa ibu strok ke bank tapi tertinggal IC, tindakan pegawai bank ini dipuji, siap turun ke kereta ambil cap jari
Bahaya jika tinggalkan tujuh barang-barang ini di dalam kereta:
1. Makanan/ minuman
Ada pek makanan dan minuman yang tidak direka untuk tahan panas dan cahaya matahari. Suhu dalam kabin kereta yang diletak di kawasan panas boleh mencapai sehingga 70 darjah celcius.
Ada pek akan terurai pada suhu ini, dan bahan kimianya akan mencemari makanan dan minuman. Elak makan makanan dan minuman yang terbiar di dalam kereta walaupun belum dibuka peknya.
Kredit foto: Pexels
2. Ubat-ubatan
Kebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu 25 darjah celcius atau lebih rendah. Malah ada perlu disimpan di suhu di bawah 8 darjah celcius iaitu di dalam peti sejuk. Jika melebihi suhu berkenaan, masa ia akan rosak.
Ada juga ubat perlu disimpan dalam tempat yang gelap, kerana ia akan rosak jika terkena cahaya matahari. Makan ubat-ubatan yang telah rosak boleh menjejaskan kesihatan.
3. Peranti berbateri
Apa-apa peranti yang menggunakan bateri lithium ion seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, atau peranti penyimpan tenaga seperti power bank, berisiko meledak jika ditinggalkan di dalam kereta yang panas.
Ledakan bateri berkenaan boleh menyebabkan kebakaran berlaku di dalam kereta anda. Selain risiko meledak dan terbakar, peranti-peranti begitu sering menjadi sasaran pencuri.
4. Tin aerosol/spray
Tin aerosol seperti semburan dandanan rambut, racun serangga, pewangi, ubat inhaler mengandungi udara yang di mampatkan di dalamnya dan ia mempunyai tekanan yang tinggi.
Apabila ditinggalkan di dalam kereta yang panas, molekul udara dalam tin akan mengembang, lalu meningkatkan lagi tekanan di dalamnya. Situasi ini boleh menyebabkan tin berkenaan meletup.
5. Ubat gegat/racun
Apa jua bahan beracun tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai dan sebagainya. Apabila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap.
Apabila anda masuk ke dalam kereta, anda akan menghidu udara yang dicemari racun yang telah meruap tadi. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan anda tanpa anda sedari.
6. Pemetik api/petrol
Biasanya perokok mempunyai lebih daripada satu pemetik api, dan lazimnya ada satu di dalam kereta. Ini perkara yang bahaya kerana pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas.
Ada juga pemandu yang menyimpan simpanan petrol di dalam kereta. Mungkin ia tidak akan terbakar tiba-tiba, tetapi dalam situasi kemalangan, petrol boleh tumpah pada pemandu dan penumpang.
7. Anak/kanak-kanak
Jangan tinggalkan anak di dalam kereta sendirian walaupun enjin tidak dimatikan, apatah lagi jika enjin dimatikan. Kebanyakan kes berlaku kerana penjaga terlupa bahawa anak masih di dalam kereta.
Kedengaran mustahil, tetapi kes-kes seperti ini berlaku setiap tahun, dan ia melibatkan kematian. Mangsa yang lazimnya kanak-kanak, meninggal dunia disebabkan lemas dan strok haba.
Kredit foto utama: Pexels
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anak anak? i thought this should already known yea hahaha people tend to take things for granted |
|
|
|
|
|
|
| |
|