CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Pulau Pinang] 54 projek skala besar di Pulau Pinang tidak patuh EIA

[Copy link]
Post time 26-10-2022 01:05 PM | Show all posts |Read mode
54 projek skala besar di Pulau Pinang tidak patuh EIA



Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 26, 2022 @ 12:32pm[email protected]




Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab merasmikan Seminar ‘EIA Role In Sustainable Development’ sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang, di sini, hari ini. - Foto NSTP/DANIAL SAAD




BUTTERWORTH: Sebanyak 54 daripada 85 projek aktif yang tertakluk di bawah aktiviti Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 di Pulau Pinang, disahkan tidak mematuhi laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Ia membabitkan projek berskala besar, termasuk kuari yang ketika ini proses pembinaan di lapangan masih lagi berlangsung.

Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya wajib menjalankan pemeriksaan ke atas premis atau projek yang mendapat kelulusan EIA pada setiap tahun bagi memastikan semua peraturan ditetapkan dipatuhi.

"Bagaimanapun, dalam pemeriksaan kita ke atas 85 premis atau projek aktif dengan kerja di lapangan sedang berlangsung, didapati hanya 36 peratus iaitu 31 projek mematuhi EIA.

"54 projek atau 64 peratus projek lagi tidak mematuhi EIA dan jumlah ini agak tinggi. Atas kesalahan ini, kita mengeluarkan 23 kompaun dan tujuh tindakan mahkamah turut diambil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar 'EIA Role In Sustainable Development' sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sharifah Zakiah berkata, antara pelanggaran EIA yang dikesan adalah gagal memastikan projek yang dilaksanakan mematuhi peraturan ditetapkan dari segi pengurusan kualiti udara, air dan buangan terjadual.

"Syarat kelulusan EIA ini terlalu banyak, namun yang utama kita melihat dari aspek pengurusan kualiti udara, air dan buangan terjadual, yang jika tidak dipatuhi akan memberi impak kepada masyarakat serta alam sekitar.

"Tambahan pula, EIA membabitkan projek berskala besar memerlukan semua syarat yang ditetapkan, dipatuhi. Jika pelepasan air tidak ikut syarat serta tidak membuat kawalan hakisan dan kelodakan di tapak, ia boleh menyebabkan bencana alam seperti banjir berlaku," katanya.

Sharifah Zakiah berkata, secara keseluruhannya, JAS negeri melakukan 1,265 pemeriksaan penguatkuasaan ke atas premis, termasuk projek yang mendapat kelulusan EIA dari awal tahun ini hingga Isnin lalu.

"Daripada pemeriksaan itu, sebanyak 743 pemeriksaan (58 peratus) adalah patuh, manakala 522 pemeriksaan (42 peratus) adalah tidak patuh.

"Sebanyak 426 kompaun bernilai RM852,000 dikeluarkan terhadap pemilik premis dan 48 tindakan mahkamah diambil kerana melanggar peraturan ditetapkan," katanya.

Sharifah Zakiah berkata, JAS amat menitikberatkan soal EIA kerana mahu rakyat di negeri itu hidup dalam keadaan selesa, apatah lagi Pulau Pinang adalah negeri industri yang semakin pesat membangun.

"Negeri ini kecil tetapi sangat pesat membangun. Namun, di sebalik kepesatan ini, kita mahu rakyat selesa tinggal di negeri ini dan kita berusaha memastikan alam sekeliling berada dalam keadaan baik," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.043832 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list