CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Kedah] JBPM sedia tempatkan anggota di pusat mengundi ketika banjir

[Copy link]
Post time 25-10-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD Hamdan (tengah) ketika merasmikan Forum Forum Bicara Governans Integriti dan Antirasuah (BiGIAR) Siri 2 2022 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menempatkan anggotanya di beberapa pusat mengundi yang dikenal pasti sekiranya berlaku banjir ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, ia tidak akan menjejaskan kesiapsiagaan 12,500 pegawai dan anggotanya di seluruh negara dalam persediaan menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL).

Beliau berkata, sekiranya diperlukan, pihaknya bersedia menghantar keanggotaan di pusat mengundi yang dikenal pasti bergantung pada permintaan.


"Sekiranya diperlukan, kita bersedia menghantar keanggotaan di pusat mengundi tertentu atas permintaan pihak yang berkenaan.

"Malah setakat ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah ada ramalan (banjir), jadi kita akan letak anggota di lokasi pangkalan hadapan di dalam keadaan yang paling tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Bicara Governans Integriti dan Antirasuah (BiGIAR) Siri 2 2022 JBPM di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, di sini, hari ini.

Program siri kedua tahun ini itu dihadiri 49 agensi keselamatan dan penguatkuasaan termasuk dari beberapa negeri yang membabitkan 500 peserta.

Mohamad Hamdan berkata, JBPM sudah pun berada dalam keadaan siap siaga sejak banjir besar yang melanda Shah Alam pada penghujung tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya juga sentiasa peka dengan perubahan cuaca terutamanya kejadian banjir yang mungkin akan berlaku di luar kawasan 'hot spot' yang sudah dikesan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, mengikut statistik hanya dua kes rasuah yang dilaporkan pada tahun lalu manakala sehingga Oktober tahun ini, tiada sebarang kes rasuah yang dilaporkan membabitkan pegawai dan anggota JBPM seluruh negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gundi-ketika-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.226671 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list