CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3391|Reply: 0

Tips untuk Anda Berjaya Dalam Perniagaan MLM

[Copy link]
Post time 11-10-2010 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sp3cialist at 11-10-2010 16:26

Pertama Syarikat - Jangan ceburi mana mana syarikat MLM yang belum mencapai 5 Tahun. Ini kerana kebanyakkan syarikat, hampir 80% akan tutup dalam masa 5 tahun pertama. Selidiki kemajuan syarikat tersebut. Prestasinya? Pencapaiannya? Jangan hanya tumpukan pada syarikat Fortune 500, kerana fortune 500 adalah untuk syarikat syarikat yang telah berjaya ada yang lebih selama 20 tahun. Banyak syarikat gergasi MLM yang Fortune 500 tetapi tidak bermakna anda juga akan Fortube 500. Tumpukan perhatian terhadap syarikat INC500 kerna INC 500 adalah untuk syarikat yang paling pesat kemajuannya dari segi prestasi. Apa pula kata pihal pihak ketiga mengenai syarikat ini. Rujuk majalah Direct Selling News, Majalan Success from home atau Network Marketing Business Journal. Apa kata mereka ttg syarikat yang anda ingin ceburi?

Kedua Produk - Apakah produk pemasaran mereka? Apakah produk mereka terbukti? Jangan tumpukan pada testimoni sahaja. Minta bukti seperti kajian klinikal, jangan hanya kajian makmal, kerana kajian makmal semua org boleh lakukan? Tanya dari segi perubatan, apakah dia di iktiraf oleh para doktor dan saintist? Apakah dia pernah tersenarai dalam dokumentari atau buku rujukan para doktor? Apakah ada mana mana hospital yang menggunakannya? Apa saingan anda? Apakah produk anda dihak ciptakan dan tidak mempunyai saingan. Apakah syarikat anda mengeluarkan produk sendiri atau memasarkan produk anda setelah dibeli dari kilang. Kebanyakkan syarikat hanya memasarkan produk dan ini adalah syarikat trading bukan syarikat MLM yang tulin. Anda akan menghadapi masalah jika produk itu diberhentikan oleh kilang yang mengeluarkan produk anda. Syarikat dan produk harus memiliki R&D iaitu research and Development Sendiri untuk memastikan bahawa produk anda itu sentiasa yang terbaik dalam pasaran.

Ketiga Pelan Pemasaran - Kebanyakkan syarikat hanya melakukan Direct Selling. Ingat tujuan asal kita menceburi bidang MLM ini adalah kierana kita mahu menjana pendapatan serta membantu membina masyarakat cemerlang. Jadi mengapa kita harus menjual produk? Kebanyakkan org terlalu taksub dgn produk sehingga tidak menghiraukan Pelan Pemasaran. Pelan pemasaran pula diciptakan terlalu rumit supaya orang lebih menumpuhkan perhatian terhadap menjual produk. Jauhi Binary, kerana anda dibayar hanya pada line yg kurang menjana. Mereka mengelirukan dengan mengabungkan dengan Unilevel, tetapi anda hanya dapat sehingga level 8 sahaja. Anda diberi matching bonus dan macam macam bonus tetapi bonus yang anda seharusnya menjana paling banyak pendapatan ditetapkan sebagai Binary dan anda rugi besar disana. Ada juga ditawarkan Bonus Rumah dan Bonus Kereta sebagai insentif dan motivasi. Tetapi anda harus ingat, hanya 1% sahaja orang yang layak menerima bonus itu. Jadi apa terjadi pada bonus bagi orang yang tidak atau belum lagi layak?? Anda harus mencari pelan pemasaran yang system bonusnya amat mudah, tidak ada bonus bermacam macam, tetapi anda boleh menembusi sehingga beratus ratus level kebawah dan mencari seberapa ramai orang yang anda inginkan. Jangan cari syarikat yang menghadkan anda. Dan yang paling penting, berapakah Actual payout anda? Kebanyakkan orang di USA enggan menceburkan dri dalam mana mana syarikat dimana Actual Payout mereka masih bawah 50%. Jadi kenapa anda harus menceburkan diri dalam syarikat yang payoutnya hanya 20-40%. Pembayarannya pula harus dalam mata wang US dan bukan RM. Jika anda dibayar didalam RM, pastikan taksiran kadar tukarannya tetap dan tidak mengikut harga tukaran pasaran yang berubah setiap hari.

Keempat Sokongan - Jangan ceburi syarikat yang belum bermastautin dinegara anda kecuali anda ingin melabur dengan pelaburan yag besar. Ini terjadi pada kebanyakkan syarikat USA kerana janji hanya tinggal Janji. Cari syarikat yang sudah berkembang pesat sekurang kurangnya dirantau Asia. Sapakah leader berpangkat paling tinggi dalam syarikat anda. Adalah lebih baik jika anda mengenalinya secara peribadi kerana dia boleh banyak tunjuk ajar supaya anda benar benar berjaya dalam system ini. Jangan hanya mengikut secara membabi buta.

Kelima Masa - Pastikan anda mengikut perkembangan dan menantikan masa yang tepat bagi menceburi bidang ini. Tidak guna anda promosikan Vitamin, Herba, Galian Zat Besi atau Anti-Oksiden kerana produk tersebut boleh didapati dimana mana pharmacy atau tokoh tokoh jamu. Kedai mamak juga menjual produk berkenaan, dan anda tidak mungkin akan berjaya kerana terlalu banyak saingan. Apakah trend terkini? Dari segi produk kesihatan, trend masa terkini adalah system daya tubuh kerana ancaman kuman dan virus zaman kini.

Oleh itu, pastikan anda tidak menjual. Anda seharusnya hanya membeli produk untuk kegunaan sendiri dan bukan menjadi sales promoter. Dengan komisyen lumayan, sepatuitnya anda boleh menjana pendapatan lima, atau enam angka setiap bulan dengan hanya manintain pembelian anda sendiri. Oleh kerana komisyen yg dibayar pada anda terlalu kecil, maka anda terpaksa bertungkus lumus menjual setiap hari dan mencari pelanggan.

Lihat rajah yang saya sertakan. Saya rSA HAIRn kerana ramai juga orang masih menceburi syarikat syrikat yang pembayaran mereka amat mengecewakan.


Aleem Din
017-5544272

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.049970 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list