View: 300|Reply: 0
|
[Kedah]
Feri terkandas berjaya ditunda ke jeti
[Copy link]
|
|
FERI yang tersadai di perairan jeti Kuala Kedah berjaya ditunda ke Jeti Kuala Kedah. FOTO Ihsan APMM
Alor Setar: Feri penumpang yang terkandas di muara Kuala Kedah akibat air laut surut, petang tadi berjaya dibawa merapat ke Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah, malam ini.
Feri berkenaan ditunda bot milik sebuah syarikat kargo di sini pada 9.25 malam.
Terdahulu, Jabatan Laut Malaysia melaporkan kepada Zon Maritim Kuala Kedah berkaitan sebuah feri penumpang Express Bahagia 98 terkandas di posisi 1.2 batu nautika dari muara Kuala Kedah yang membabitkan 547 orang penumpang pada jam 4.15 petang tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, seramai 272 penumpang berjaya dibawa keluar secara berperingkat oleh bot Perkasa 1224 Maritim Malaysia, bot ronda PSC 19 Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan daripada beberapa bot nelayan tempatan sekitar Kuala Kedah dan Yan.
"Manakala baki selebih penumpang yang masih berada dalam feri yang berjaya ditunda ke Jeti.
"Operasi memindahkan penumpang turut berdepan detik sukar dan beberapa kali enjin bot pasukan penyelamat tersekat disebabkan air cetek dan permukaan lantai laut yang berselut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, operasi yang dikendalikan Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi itu selesai dan dan ditamatkan pada 10 malam tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aya-ditunda-ke-jeti |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|