CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bayi lelaki akhirnya meninggal dunia

[Copy link]
Post time 23-10-2022 05:29 PM | Show all posts |Read mode

Bayi lelaki yang selamat dibedah daripada kandungan ibunya selepas maut kemalangan pada Rabu lalu, meninggal dunia hari ini.

ALOR SETAR: Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan menerusi pembedahan kandungan selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan ketika mengelak ular melintas di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu Rabu lalu, akhirnya meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan datuknya, Mansor Adali, 51, yang memaklumkan jenazah bayi lelaki berusia empat hari itu akan dibawa ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di Sik, hari ini.

Beliau berkata, dia sempat menatap wajah cucunya itu yang diberi nama Muhammad Irfan Hidayat Afnan Aliff di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani selepas doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia kira-kira jam 2 petang tadi.

"Saya sempat menatap wajah cucu yang sangat berseri walaupun sudah tidak bernyawa lagi dan doktor sudah berusaha menyelamatkan nyawanya tetapi Allah lebih menyayanginya.



"Jenazah cucu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Jaya, sejurus selepas segala urusan di hospital selesai," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang Rabu lalu, Nor Hidayah yang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya bersama remaja perempuannya berusia 16 tahun bergesel dengan sebuah kereta PERODUA Axia yang dipandu seorang wanita di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu.

Mangsa dikatakan cuba mengelak ular melintas ketika kejadian menyebabkan dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi.

Bagaimanapun, bayi dalam kandungan wanita itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan di Hospital Sik pada hari kejadian.

Namun, bayi itu kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HSAH di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mansor berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak dan cucunya dalam kejadian itu yang dianggap kehilangan sekelip mata.

Katanya, jenazah dijangka dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, yang meninggal dunia Rabu lalu.
https://www.bharian.com.my/berit ... nya-meninggal-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044552 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list