View: 360|Reply: 0
|
[Kedah]
Naikkan harga lantai getah kepada RM3.50 sekilogram
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Kerajaan dipohon untuk mengaktifkan insentif pengeluaran getah (IPG) dan menaikkan harga lantai getah ke RM3.50 sekilogram, susulan harga semasa komoditi itu yang berada pada paras cukup rendah ketika ini.
Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ketika ini harga getah menurun ke paras RM2.30 sekilogram sekali gus menekan kehidupan masyarakat kampung dengan harga barangan pula kian meningkat.
"Pendapatan penoreh getah terjejas. Tambahan pula, kita sedang berdepan musim hujan berpanjangan mengakibatkan aktiviti harian untuk mencari nafkah, tidak dapat diteruskan.
"Justeru, saya memohon kerajaan menaikkan harga lantai IPG ke RM3.50 sekilogram. Kawalan getah sintetik yang dihasilkan secara besar-besaran turut perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan yang terbabit dalam industri getah.
"Ada segelintir penoreh mengambil upah menoreh di kebun getah milik orang lain dan hasilnya perlu dikongsi menyebabkan pendapatan bulanan terlalu sedikit. Dengan harga barang semasa, sebahagian mereka yang terhimpit terpaksa berjimat-cermat membeli keperluan harian bagi meringankan perbelanjaan membeli barangan dapur," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Tarmizi yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berkata, keadaan mungkin boleh menjadi lebih genting sekiranya kalangan pemilik kebun dan penoreh getah berhijrah ke tanaman komoditi lain.
"Tindakan itu akan memberi kesan buruk terhadap bekalan getah asli di Malaysia. Maka bantuan kerajaan melalui pengaktifan IPG dan kenaikan harga lantai getah merupakan langkah amat penting bagi membantu penoreh meneruskan kelangsungan hidup.
"Langkah ini seterusnya dapat merealisasikan pembangunan ekonomi getah sebagai satu daripada kepentingan kepada 'Keluarga Malaysia'," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... da-rm350-sekilogram |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|