CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Kedah] Pekan Kuala Kedah dinaiki air

[Copy link]
Post time 11-9-2022 03:22 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar yang melanda kawasan Kuala Kedah hari ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Tinjauan di sekitar kawasan Kuala Kedah mendapati, paras air laut melimpahi ke jalan raya malah turut memasuki kedai makan serta premis perniagaan sekitar situ bermula jam 12.30 tengah hari.

Penduduk di Taman Seri Putra, Intan Rashidah Ahmad, 35, berkata, fenomena air pasang besar sering berlaku di kawasan itu menyebabkan mereka terpaksa melakukan persediaan dengan mengangkat barangan berharga ke tempat selamat.

Katanya, biasanya air laut akan naik dengan cepat dan dalam tempoh 10 minit sudah memenuhi dalam rumah.


"Kami selamatkan kereta dan motosikal terlebih dahulu selain barangan perabot atau elektrik ke tempat selamat," katanya ketika ditemui.

Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata fenomena air pasang besar melanda negeri ini dijangka selama tiga hari bermula semalam sehingga esok.



Fenomena air pasang besar yang melanda kawasan Kuala Kedah hari ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. - Zuliaty Zulkiffli


Fenomena air pasang besar yang melanda kawasan Kuala Kedah hari ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. - Zuliaty Zulkiffli

Beliau berkata, paras air meningkat setinggi 2.9 meter pada jam 1 petang ini dan dijangka surut sejam kemudian malah fenomena air pasang sama akan berlaku esok.

"Pemantauan kita hari ini dilakukan di sekitar kawasan Kuala Kedah dan Tanjung Dawai di Kuala Muda.

"Namun ada lima lokasi yang menjadi tumpuan iaitu Kuala Jerlun di Kubang Pasu, daerah Kuala Muda, Kuala Sala dan Kuala Yan di Yan, Kuala Kedah serta Langkawi yang dijangka terjejas akibat fenomena air pasang ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Saifuddin berkata, fenomena air pasang besar boleh mengakibatkan banjir sekiranya disertai hujan, ribut dan angin kencang yang boleh menyebabkan air meningkat dengan cepat.

Beliau menasihatkan penduduk di sekitar kawasan rendah berhampiran pantai atau laut supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya air naik mendadak.

"Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar turut melakukan pemantauan di sekitar kawasan Kuala Kedah untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat," katanya.



Paras air laut yang meningkat disebabkan fenomena air pasang besar di Kuala Kedah menyebabkan kedai makan turut dinaiki air. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli

https://www.bharian.com.my/berit ... a-kedah-dinaiki-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.337235 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list