CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 0

[Johor] Ah long silap ugut, keluarga peniaga ketakutan

[Copy link]
Post time 3-9-2022 03:36 PM | Show all posts |Read mode

YEO QUECK HUI (tengah) menunjukkan nota ditinggalkan suspek manakala anaknya menunjukkan gambar kereta disimbah cat merah.


JOHOR BAHRU: Sebuah keluarga hidup  ketakutan selepas menjadi sasaran ah long biarpun tidak pernah meminjam daripada ceti haram berkenaan.

Yeo Queck Hui, 66, mendakwa, kejadian pada 13 Ogos itu disedari apabila pintu rumah dan dua buah kereta miliknya  yang diletakkan di halaman rumah di Jalan Gunung 8, Bandar Seri Alam, Masai disimbah cat merah.

Menurut Queck Hui, ah long berkenaan turut meninggalkan nota di pagar rumah yang tertera nama, nombor kad pengenalan dan alamat lelaki itu serta nombor telefon suspek untuk dihubungi.

“Saya tidak kenal orang bernama Ong Chee Wei seperti yang tertera pada nota itu, malah alamat itu juga bukanlah merujuk rumah saya.

“Kami tidak pernah meminjam dengan ah long. Jadi, saya anggap mereka tersilap sasaran kerana nombor rumah yang sama, namun jalan yang berbeza,” kata peniaga barang elektrik ketika ditemui selepas meminta bantuan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, dekat sini .

Susulan itu, warga emas itu membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pada hari sama kejadian.

Bercerita lanjut,  keluarganya dikejutkan sekali lagi dengan ugutan ah long   apabila ternampak   kesan terbakar pada badan kereta Toyota Camry dan pagar rumahnya pada Selasa lalu.

“Setelah anak saya menghantar pesanan menerusi WhatsApp kepada nombor suspek itu menjelaskan bahawa mereka tersalah orang, lelaki itu tetap tidak mempedulikan perkara itu.

“Ah long itu menuntut kami membayar hutang RM4,000 sekiranya tidak mahu diapa-apakan walaupun tahu mereka menyerang rumah yang salah.

“Malah mereka menuduh kami cuba melindungi lelaki yang tidak dikenali itu. Bukan itu sahaja, mereka turut mengugut akan melakukan perkara lebih teruk selepas ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan pengadu membuat laporan pada 13 dan 30 Ogos lalu.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... -peniaga-ketakutan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.035290 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list