CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tukang cuci dituduh bunuh rakan senegara

[Copy link]
Post time 2-9-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Tukang cuci dituduh bunuh rakan senegara

Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]




TERTUDUH (kanan) dibawa ke Mahkamah Majiestret Balik Pulau. FOTO Mikail Ong




Balik Pulau: Tukang cuci warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh rakan senegaranya berdekatan Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru, 21 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohammad Imran Miah, 31, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja di negara ini sejak 2016 didakwa membunuh mangsa, Alam Safiq, 32, di atas jalan tar berhadapan Kompleks Astaka Bukit Gedung antara 9.30 malam hingga 11.17 malam.

Difahamkan Mohammad Imran dan mangsa yang juga bekerja sebagai tukang cuci mengenali antara satu sama lain dan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali
manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaanyang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan tarikh 23 November ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.




Disiarkan pada: September 2, 2022 @ 11:31am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.493729 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list