CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Pulau Pinang] Zakat Pulau Pinang peka denyut nadi asnaf

[Copy link]
Post time 1-9-2022 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Zakat Pulau Pinang peka denyut nadi asnaf

Cadang naikkan kadar bantuan bulanan supaya asnaf mampu tampung peningkatan kos sara hidup
Oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN 01 September 2022 10:29am









BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) bercadang untuk menaikan kadar bantuan zakat kepada asnaf melalui skim-skim agihah tertentu sesuai dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amran Hazali berkata, langkah itu bagi memastikan bantuan yang disampaikan kepada asnaf mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka sekaligus dapat menjalani hidup dengan lebih baik.

"Kita tahu dan dengar banyak rungutan mengenai harga barang kegunaan harian yang semakin meningkat namun kadar bantuan diberikan masih sama.

"Oleh itu, ZPP kini sedang menyemak kadar agihan baharu atau bantuan zakat dalam skim-skim agihan tertentu dan kita akan umumkan mengenai perkara ini tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian baru-baru ini.



AMRAN





Amran berkata, dengan prestasi kutipan zakat yang memberangsangkan serta komitmen berterusan pembayar zakat terhadap ZPP sudah pasti pihaknya akan memastikan kebajikan dan hak asnaf terus dibela.

Berkongsi mengenai prestasi kutipan zakat khususnya dalam pasca pandemik Covid-19, Amran berkata, momentum prestasi kutipan zakat pada tahun ini khususnya separuh penggal pertama kekal meningkat secara keseluruhannya berbanding pada tahun 2021.




Jelasnya, jumlah kutipan zakat harta meningkat sebanyak 12.7 peratus atau RM78.7 juta berbanding tahun 2021 iaitu sebanyak RM69.8 juta jumlah kutipan zakat berjaya dipungut.

Beliau berkata, jumlah kutipan zakat fitrah juga meningkat sebanyak 9.3 peratus iaitu sebanyak RM6.58 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM6.02 juta.

"Alhamdulillah ZPP telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dalam pencapaian kutipan pada tahun 2021 dan tahun 2020.

"Pada tahun 2021, ZPP berjaya menjana prestasi kutipan zakat yang luar jangka memberangsangkan dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM147.2 juta dan pencapaian ini disokong jumlah kutipan zakat harta sebanyak 141.2 juta dan kutipan zakat fitrah berjumlah RM6.02 juta.

"Kutipan zakat harta meningkat sebanyak 7.8 peratus daripada RM125.2 juta pada tahun 2020 kepada RM141.2 juta pada tahun 2021," katanya.





Beliau berkata, kesemua segmen kutipan yang meliputi zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat KWSP, zakat saham, zakat emas, zakat perak, zakat harta, zakat tanaman dan qadha zakat meningkat kecuali zakat ternakan dan zakat galian yang mengalami penurunan.

Dalam pada itu, Amran memaklumkan sehingga separuh penggal tahun ini pihaknya telah pun mengagihkan zakat secara keseluruhannya bernilai RM51.9 juta yang melibatkan seramai 22,696 orang asnaf.

Ditanya mengenai usaha yang dilakukan ZPP dalam memperkasakan institusi berkenaan, Amran berkata antara langkah yang diambil termasuk memastikan pengurusan organisasi berkenaan terus mengamalkan transperansi dan berintegriti bagi memastikan amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkesan dan profesional.

"Pada tahun 2020, ZPP telah melakukan penstrukturan semula perjawatan secara menyeluruh bagi relevan dengan tuntutan masa kini.

"Pada masa yang sama beberapa bahagian dan unit ditubuhkan bagi memperkukuhkan pengurusan zakat yang profesional antaranya menubuhkan Bahagian Hisbah dan Integriti - Unit Audit Dalam, Unit Undang-Undang dan Unit Pengurusan Kualiti," katanya.

Tambah beliau, ZPP juga dalam proses pelaksanaan mendapatkan pensijilan ISO 9001:2015 & MS1900:2014

Sementara itu, Amran berkata pihaknya menjalankan pelbagai aktiviti dalam mendidik umat Islam supaya menunaikan kewajipan berzakat termasuk memperkasakan program dakwah zakat menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Bahagian Dakwah Am dan Bahagian Dakwah Korporat.

Jelasnya, antara program dijalankan seperti program kembara dakwah zakat, pembukaan kaunter bergerak dan program-program keilmuan zakat seperti Dhuha Talk, Seminar Isu Kefatwaan Zakat (SifZa) dan khutbah jumaat khas.

"Kita turut mengadakan siri pembentangan mengenai kesedaran zakat di jabatan dan agensi kerajaan serta swasta termasuk sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

"Selain itu, kempen kesedaran zakat turut dilakukan melalui platfom media sosial yang mana kami jalankan kempen setiap hari Facebook, Tik Tok, Instagram, Telegram, Twitter dan Youtube ZPP.

"ZPP juga menyemai kesedaran berzakat melalui pembikinan video-video pendek yang melibatkan selebriti dakwah dan influencer media sosial," tambahnya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064560 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list