|
PASUKAN polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Bayan Lepas: Remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, di sini, hari ini.
Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di bumbung parkir di kondominium berkenaan.
Kejadian itu dikatakan disedari ibu mangsa pada jam 6.30 pagi sebelum menghubungi polis.
Difahamkan, mangsa seorang yang pasif dan suka bersendirian sejak kebelakangan ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 6.48 pagi.
Beliau berkata, seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru diketuai Mohd Awis Kharni Abdul Rahman bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.
"Ketika tiba di lokasi, mangsa ditemukan terbaring di bumbung selepas terjatuh dari tingkat 11 kediamannya.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Hafiz berkata, anggota kemudian menurunkan mangsa menggunakan tangga jentera pada ketinggian kira-kira lima meter.
"Mayat diserah kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 11.45 pagi," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -parkir-kondominium |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|