View: 327|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
CAP gesa jangan tangguh RUU Kawalan Produk Tembakau, Merokok
[Copy link]
|
|
Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) segera meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dalam persidangan Parlimen akan datang.
Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis antirokok NV Subbarow berkata, kelulusan RUU itu tidak boleh ditangguhkan lagi, ia perlu dibahaskan dan diluluskan di Parlimen.
"RUU yang baharu mesti dibahaskan dan diluluskan, jika tidak ia sesuatu yang sia-sia kerana sudah banyak dibahaskan NGO (Badan Bukan Kerajaan) termasuk pegawai KKM.
"Jangan ditangguhkan lagi, Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang perlu tunaikan janji," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, CAP juga merayu 12 ahli Parlimen yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas bagi RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 supaya membuat keputusan bijak demi kebaikan generasi masa depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uk-tembakau-merokok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|