CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Kedah] Remaja perempuan lakukan aksi merbahaya tunggang motosikal ditahan

[Copy link]
Post time 28-8-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode

Remaja perempuan yang ditahan polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya sambil membonceng rakan lelakinya. - - Foto PDRM

SIK: Baru memiliki lesen L namun seorang remaja perempuan sudah berani melakukan aksi merbahaya menunggang motosikal sambil membonceng rakan lelakinya sebelum ditahan polis, semalam.

Malah, remaja berusia 19 tahun itu turut menunggang motosikal Yamaha Y15 dengan laju dan memasuki laluan bertentangan sejauh kira-kira 14 kilometer sebelum ditahan di Jalan Merbau Kurung, dekat sini, jam 6 petang.

Remaja perempuan itu dipercayai baru berkenalan sebulan lalu dengan pasangannya berusia 16 tahun dan kedua-duanya berasal dari Kulim.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, sepasukan pegawai dan anggotanya dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik yang diketuai Inspektor Mohamad Yusri Ahmad Adlan yang ketika itu melakukan operasi Op Samseng Jalanan melihat motosikal yang ditunggangi dua remaja itu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, perbuatan merbahaya yang mereka lakukan dengan membuat aksi zig zag dan masuk ke laluan bertentangan dengan ditunggang secara laju boleh mengundang bahaya pada diri mereka serta kenderaan lain.

"Pegawai dan anggota BSPT kemudian mengekori motosikal itu dan akhirnya berjaya menahan mereka yang berhenti di Jalan Kampung Sik Dalam untuk pemeriksaan lanjut.

"Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Sik untuk tindakan lanjut bersama motosikal berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdull Razak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 100 individu yang menunggang motosikal dalam operasi di Merbau Kudung dan Beris Jaya, di sini.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 77 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan dilakukan.

"Kita turut menyita empat motosikal dalam operasi itu.

"Sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan supaya mengawasi anak masing-masing untuk mengelak mereka terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti Samseng Jalanan di daerah ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... g-motosikal-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 1.585597 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list