CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Anak saya masih trauma'

[Copy link]
Post time 27-8-2022 03:20 PM | Show all posts |Read mode
'Anak saya masih trauma'

Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 27, 2022 @ 3:01pm  [email protected]





Mohamad Rahimi dan isterinya, Farisha Amirah bersama bayi mereka, Noor Raisya, ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Pauh di sini. - Foto NSTP/Danial Saad




BUKIT MERTAJAM: Bayi berusia sembilan bulan yang dilarikan seorang remaja perempuan di sebuah pangsapuri di Taman Pauh, Perai, di sini, Selasa lalu masih trauma dengan kejadian yang menimpanya apabila kerap terkejut ketika tidur terutamanya pada waktu malam.

Menceritakan perkara itu, ibu bayi perempuan berkenaan, Farisha Amirah Zainal, 24, berkata, anaknya Noor Raisya Mohamad Rahimi tidak pernah seperti itu sebelum ini tetapi kini didapati sering merengek dan takut setiap kali berada di tempat yang gelap.

Katanya, situasi itu mungkin berlaku memandangkan anak tunggalnya masih berada dalam keadaan trauma seolah-olah masih terngiang-ngiang detik hitam yang berlaku.

"Mungkin bagi kita, dia bayi dan masih kecil tidak tahu apa yang berlaku, namun sebagai ibu, saya nampak ada perubahan pada anak saya yang mana dia masih lagi trauma sehingga kini.

"Apabila tidur terutamanya pada waktu malam dan berada di tempat gelap pasti dia akan terkejut dan kuat merengek.

Saya tidak pasti apa yang suspek lakukan terhadapnya hingga anak saya menjadi takut," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Farisha Amirah berkata, dia dan suaminya Mohd Rahimi Abdul Malik, 26, tidak akan memaafkan apa yang berlaku terhadap anaknya dan berharap hukuman setimpal terhadap penjenayah melarikan anaknya.

"Sampai sekarang memang saya dan suami tidak akan maafkan mereka yang terbabit dalam insiden ini sampai bila-bila.

"Kejadian seperti ini selalu saya hanya tengok di kaca televisyen sahaja tetapi apabila berlaku depan mata sendiri, baru saya tahu betapa perit melaluinya.

"Harap hukuman setimpal diberikan atas perbuatan jenayah yang amat berat ini," katanya.

Menurutnya, dia dan suaminya berterima kasih kepada pihak polis atas kepantasan menyelamatkan anak mereka.

"Segala prosedur yang diminta polis kami akan patuhi demi membantu siasatan agensi itu," katanya.

Terdahulu, polis menahan lima individu termasuk seorang remaja perempuan yang juga suspek utama dalam insiden melarikan seorang bayi berusia sembilan bulan di sebuah pangsapuri, Selasa lalu.

Lima individu berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi di sebuah pondok di Machang Bubok, di sini dan sebuah rumah di Kulim, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Assisten Komisioner Tan Cheng San dilaporkan berkata, polis melancarkan serbuan sebaik menerima laporan daripada ibu kepada bayi perempuan berhubung kejadian anaknya dilarikan oleh salah seorang cucu pengasuh.

Pada ketika itu, ibu mangsa mahu mengambil anaknya dari rumah pengasuh pada jam 5.30 petang sebelum pengasuh berusia 65 tahun memberitahu bahawa cucu perempuannya berusia 14 tahun telah membawa lari mangsa (bayi perempuan) ketika dia sedang solat.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.065981 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list