CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Pulau Pinang] Siasatan peniaga nasi ayam dan itik di Sungai Ara hampir selesai

[Copy link]
Post time 27-8-2022 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Siasatan peniaga nasi ayam dan itik di Sungai Ara hampir selesai

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]




MOHD Hanif Omar @ Wahab. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Balik Pulau: Siasatan berhubung peniaga nasi ayam di Sungai Ara di sini, yang didakwa mendapatkan bekalan makanan daripada peniaga bukan Islam, sudah hampir selesai.

Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Mohd Hanif Omar @ Wahab, berkata laporan siasatan dijangka selesai pada pertengahan September depan.

"Siasatannya sudah hampir selesai dan dijangka siap selewat-lewatnya pada pertengahan bulan depan.

"Bagaimanapun pada masa ini, siasatan berhubung isu itu masih diteruskan," katanya ketika ditemui di sini di satu majlis di sini, semalam.

Mengulas lanjut Mohd Hanif berkata, siasatan berkenaan adalah bagi meneliti seksyen yang boleh digunakan dalam enakmen berkaitan, sekiranya terdapat kesalahan mengikut syariah.

"Kita belum pasti (kesalahan) dan masih mencari ruang kerana tiada enakmen yang jelas berkaitan dengan penjualan produk tidak halal kepada orang Islam.

"Cuma kita akan tengok seksyen lain dalam enakmen kesalahan jenayah dan itu akan diteliti pihak lain seperti pihak pendakwaan.

"Tetapi saya tidak cakap peniaga itu akan didakwa kerana siasatan masih diteruskan dan kita perlu lihat hasilnya," katanya lagi.

Menurut Mohd Hanif, umat Islam perlu berhati-hati membeli sebarang produk dan makanan yang dijual.

"Ini kerana di Malaysia, jika peniaga sudah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), pembeli tidak perlu ragu-ragu membelinya dan selagi tiada logo halal, pengguna perlu berwaspada.

" Hendak mohon sijil halal memang sukar kena keluarkan kos dan ada peniaga kecil yang tidak mampu kerana ia perlu dibayar berikutan proses tertentu tetapi jika tiada logo halal, kita ada pilihan lain untuk cari yang halal. Orang awam perlu berhati-hati," katanya lagi.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai video tular yang memaparkan peniaga nasi ayam Muslim di Sungai Ara didakwa mendapatkan bekalan makanan di sebuah premis orang bukan Islam di Paya Terubong, di sini.

Tindakan peniaga terbabit mencetuskan kemarahan masyarakat berikutan kedai orang bukan Islam itu juga turut menjual makanan tidak halal.

Pemeriksaan JHEAIPP yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang juga mendapati jualan makanan itu tidak memiliki SPHM termasuk di cawangannya di Persiaran Gurney.

Pemeriksaan terhadap restoran nasi ayam dan itik bukan Islam di Paya Terubong juga didapati tidak memiliki SPHM.


Disiarkan pada: Ogos 27, 2022 @ 12:59pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.146937 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list