CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pembentangan Bajet Pulau Pinang 2023 kekal November

[Copy link]
Post time 27-8-2022 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Pembentangan Bajet Pulau Pinang 2023 kekal November

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 27 Ogos 2022 01:25pm






Kon Yeow (lima dari kanan) merasmikan Kejohanan E-Sports LovePenang pada Sabtu.




GEORGETOWN - Pembentangan Bajet Negeri Pulau Pinang 2023 setakat ini masih mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada pertengahan November ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sehingga kini, kerajaan negeri tidak berniat untuk membentangkannya lebih awal sebaliknya masih mengikut perancangan awal yang ditetapkan sebelum ini.

Menurut Kon Yeow, walaupun kerajaan Pusat mengumumkan pembentangan Bajet 2023 diawalkan iaitu pada 7 Oktober ini, ia tidak mempengaruhi jadual kerajaan negeri namun ia bergantung kepada pengumuman pembubaran Parlimen dibuat.

"Pembentangan Bajet Negeri Pulau Pinang 2023 tidak berubah daripada jadual yang telah ditetapkan iaitu pada pertengahan November depan.

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada senario terkini politik negara sama ada Parlimen dibubarkan atau tidak selepas Bajet 2023 dibentangkan. Bagi Pulau Pinang, pembentangan (bajet negeri 2023) tetap sama iaitu pada November nanti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan E-Sports LovePenang di sini pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan.

Kon Yeow menambah, jadual pembentangan Bajet Negeri Pulau Pinang 2023 tetap mengikut rancangan asal walaupun berlaku pelbagai ketidakpastian di dalam negara akibat pergolakan politik.

"Ada dua kemungkinan yang bakal berlaku iaitu, bentang (Bajet 2023) dan bubar, atau bentang dan biar bahas sehingga lulus baru dibubarkan (Parlimen). Kita lihat apa senario, dia (Kerajaan Pusat) boleh bentang dan bubar dengan serta merta, itu saya rasa tidak mungkin.




"Sebenarnya pembentangan Bajet 2023 tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri, namun jika Parlimen dibubarkan setelah pembentangan bajet, jika itu berlaku negeri perlu buat keputusan sama ada bubar (Dewan Undangan Negeri) atau tidak," katanya.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, pengumuman kerajaan Pusat tersebut agak mengejutkan memandangkan pembentangan Bajet 2023 telah ditetapkan dalam takwim negara sejak awal tahun lagi.

"Saya tidak melihat ada logiknya mereka ingin membentangkan bajet lebih awal. Mungkin kerana pergolakan politik yang berlaku pada waktu ini, mempengaruhi keputusan tersebut, kita pun tidak sangka.

"Seingat saya, perkara ini pernah berlaku pada 1999 ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Bajet dibentangkan lebih awal dan kemudiannya dibahas, lalu Parlimen dibubarkan sebelum bajet diluluskan.

"Jika kejadian ini berulang, ia bermakna ada pihak yang merancang untuk menggunakan pembentangan Bajet 2023 bagi mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya umum kelak," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 1.024348 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list