CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 2

Dijauhi Rakan-rakan, Bella Hadid Sanggup Hilang Kerja Demi Palestin

[Copy link]
Post time 22-8-2022 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Seperti diketahui ramai, Bella Hadid merupakan model antarabangsa dari Belanda-Palestin yang aktif menyuarakan mengenai kebebasan Palestin.


Dia juga sering mengambil bahagian dalam projek kemanusiaan untuk menghentikan perang Israel-Palestin.




IG Bella




Baru-baru ini, Bella Hadid berkata, dia sanggup kehilangan pekerjaannya sebagai model untuk meneruskan perjuangannya membela Palestin.


Wanita berusia 25 tahun yang pernah bekerja dengan jenama fesyen utama di seluruh dunia itu berkata, dia menyedari dia ‘bukan di bumi ini untuk menjadi model’ semata-mata.


Menurut Intipseleb, Bella Hadid merupakan salah seorang penyokong paling lantang dalam memperjuangkan isu berkaitan dengan negara Palestin.


Dia juga mendedahkan bahawa dia telah kehilangan banyak peluang untuk menjadi model kerana pandangannya terhadap apa yang terjadi di antara Israel dan Palestin, malah Bella juga sering kali dijauhi rakan-rakannya.


Bella juga mendedahkan bahawa setelah perceraian ibu bapanya pada tahun 2000, dia mula berasa jauh dari negara Palestin.




  



  



Malah, dia merasakan seolah-olah kehilangan sebahagian daripada dirinya.


Dia juga mendedahkan bahawa dia kesal kerana tidak diberi peluang untuk hidup dalam persekitaran Islam. Justeru, Bella menyatakan hasratnya untuk dapat hidup dalam budaya Islam.




Sumber: Murai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeye je.. Ramai je kengkawan dia tengok kat ig
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 10:20 AM | Show all posts
memang dia tak heran, dia ni kaya sesangat dah dari kecik, goyang kaki perabih duit takde masalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058364 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list